Pendekatan pembangunan insan menurut Hasan al-Banna (m. 1949) menerusi kitab Majmu’ah al-Rasail / Zainudin Hashim

Zainudin, Hashim (2018) Pendekatan pembangunan insan menurut Hasan al-Banna (m. 1949) menerusi kitab Majmu’ah al-Rasail / Zainudin Hashim. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1286Kb) | Request a copy
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (7Mb) | Preview

      Abstract

      Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti serta menganalisis aspek pembangunan insan menurut ajaran Islam. Hal ini sejajar dengan misi kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. yang sememangnya didatangkan kepada umat manusia untuk mempraktik dan merealisasikan pembangunan insan, malah kelahiran baginda menjadi rahmat kepada seluruh alam. Usaha pembangunan insan tidak pernah terhenti dari dahulu hingga ke hari ini. Pembangunan insan menjadi sandaran kepada segenap para ilmuan dan sarjana Islam dalam memperkenalkan pembangunan insan kepada manusia pada zaman masingmasing. Hal ini tidak terkecuali kepada salah seorang tokoh pembangunan insan abad ke sembilan belas iaitu Hasan al-Banna yang banyak menulis dan menyampaikan mesej pembangunan insan melalui karya penulisannya. Yang paling ketara ialah tulisan kitab beliau ‘Majmu’ah al-Rasail’ yang termuat di dalamnya unsur dan aspek pembangunan insan yang menjadi sandaran pengkaji untuk dianalisis. Pada masa yang sama kajian turut dibuat mengenai pendekatan Hasan al-Banna dalam pembangunan insan berdasarkan beberapa wasail tarbiyah seperti Nizam usrah, katibah, rehlah, muktamar, daurah, jawwalah, kasyyafah dan lain-lain. Wasail tarbiyah yang disebutkan itu secara langsung menyerlahkan aspek dan unsur pembangunan insan yang diperkenalkan oleh Hasan al-Banna dalam karyanya itu, pembangunan insan itu juga merupakan intipati dalam membangun individu Muslim, rumah tangga (institusi kekeluargaan), umat dan masyarakat Islam serta pembentukan sebuah “Negara Islam” yang disebut dalam ‘Majmu’ah al-Rasail’ sebagai antara aspek pembangunan insan yang berpotensi dalam meningkatkan kualiti pembangunan insan menurut acuan Islam. Maka kajian ini telah menggunakan sepuluh unsur pembangunan insan yang dikemukakan oleh ayat al-Quran, hadith Rasulullah s.a.w., pandangan Imam al-Ghazali, Ibn Qaiyim al-Jauziyyah dan Syeikh Muhammad ‘Abduh, iaitu sihat tubuh badan, berakhlak mulia, berilmu tinggi, berdikari, memiliki aqidah yang sahih, melaksanakan ibadah dengan betul, dapat mengawal diri, bijak mengurus waktu, berdisplin melakukan urusan dan mampu memberi manfaat kepada orang lain. Kajian ini merumuskan bahawa dalam penulisan Hasan al-Banna sememangnya banyak mengemukakan unsur pembangunan insan, sepuluh unsur pembangunan insan yang digariskan itu memang menjadi tumpuan utama beliau dalam penulisannya. Berkenaan metodologi kajian tesis ini, pengkaji mendapati bahawa kajian ini dilakukan dalam bentuk induktif dan deduktif juga berdasarkan kajian kepustakaan semaksimum mungkin bagi mendapatkan dapatan kajian.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Hasan al-Banna; Pembangunan insan menurut ajaran Islam; Kitab Majmu’ah al-Rasail; Wasail tarbiyah
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
      B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 24 May 2018 12:22
      Last Modified: 23 Jan 2019 09:17
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8637

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item