Sistem Map Interaktif-Universiti Malaya / Mohammad Ghazali Abdul Rahman

Mohammad Ghazali, Abdul Rahman (2002) Sistem Map Interaktif-Universiti Malaya / Mohammad Ghazali Abdul Rahman. Undergraduates thesis, Universiti of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree))
Download (24Mb) | Preview

    Abstract

    Proses pembangunan Sistem Maklumat Berasaskan Komputer telah berubah sejak 20 tahun yang lepas, Peningkatan yang dramatik dalam teknologi perkakasan iaitu dari segi memperbaiki kemampuan dan mengurangkan kos telah diperhebatkan dan meningkatkan keperluan untuk memperbaiki proses pembangunan sistem maklumat. Sistem Map Interaktif yang dibangunkan adalah sistem komputer yang mampu untuk memberi panduan dan maklumat dan dapat dipersembahkan dalam bentuk yang padat serta ringkas. Oleh itu, saya bercadang untuk membangunkan Sistem Map Interaktif dan pengkhususan saya adalah Universiti Malaya (Selatan). Sistem Map Interaktif yang akan dibangunkan ini adalah ditujukan kepada para pelawat serta mahasiswa/i di universiti dan khasnya untuk pelajar tahun pertama yang akan mendaftar di Universiti Malaya setiap tahun yang selama ini menghadapi masalah dalam menjejaki kawasan penempatan kolej mereka serta kawasan yang sepatutnya mereka tujui pada hari pendaftaran rnengikut surat tawaran pelajar. Tidak ketinggalan juga pada pelawat yang akan hadir setiap tahun bersempena dengan hari konvokesyen dimana ribuan pelawat akan bersesak ke dalam kawasan kampus ini untuk melihat upacara konvokesyen yang gilang gemilang itu. Ia merupakan satu sistem baru yang akan mempercepatkan dan memudahkan para pelawat serta mahasiswa/i dalam menuju destinasi mereka ketika berada di dalam kawasan kampus Universiti Malaya serta mengurangkan kesesakan serta pembaziran dalam proses pencarian mereka. Di samping itu, sistem ini juga mampu memberi paparan visual mengenai kawasan yang mereka tujui serta maklumat ringkas kepada pelawat untuk pengetahuan mereka apabila berada dikawasan tersebut. Sistem ini sesuai dengan pembangunan teknologi pada masa kini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem maklumat berasaskan komputer; Teknologi maklumat; Sistem map interaktif
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Jasny Razali
    Date Deposited: 24 Jul 2019 08:03
    Last Modified: 24 Jul 2019 08:04
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8707

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item