Yap, Wai Meng (1986) Industri memproses makanan - Satu kajian perbandingan di antara perusahaan saiz kecil dan saiz besar. (Satu kajian kes ke atas industri memproses makanan di Wilayah Persekutuan dan kawasan – kawasan persekitarannya) / Yap Wai Meng. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Tujuan utama kejian ini iala h untuk menghuraikan dan menerangkan serta membuat perbandingan ke atas perbezaan-perbezaan yang wujud di dalam industri memproses makanan, iaitu perbandingan di antara firma kecil dan firma besar. Industri- industri yang dipilih itu terdiri daripada industri memproses kicap, industri biskut dan industri mee, mee hoon dan keluaran berkait. Di bahagian permulaan kajian ini, sejarah perkembangan perindustrian dan polisi- polisi utama kerajaan yang mendorong perkembangan sektor industri tersebut akan disentuh. Bagaimananya struktur perindustrian yang bersifat dualism wujud iaitu hampir 75% daripada jumlah firmanya yang terdiri daripada firma kecil. Memandangkan wujudnya suatu struktur industri yang bersifat dualisme, kajian secara perbandingan wajar diguna untuk meneliti perbezaan- perbezaan yang wujud diantara firma besar dan firma kecil. Selain itu, sumbangan- sumbangan seperti guna tenaga, pelaburan dan hal – hal berkaitan itu akan diberi pertumpuan. Sementara itu, masalah- masalah seperti kemudahan kredit, tanah, teknologi pemasaran dan pengurusan dan teknologi pengeluaran turut diberiperhatian. Akhirnya, beberapa saranan atau cadangan yang dianggap wajar akan dipertimbangkan unt uk mengatasi masalah- masalah yang dihadapi dan mempastikan objektif pembangunan perindustrian dicapai tanpa sebarang kerumitan .
Actions (For repository staff only : Login required)