Amalan kesihatan: Kajian kes masyarakat setinggan di bandar / Rosle Yasin

Rosle , Yasin (1986) Amalan kesihatan: Kajian kes masyarakat setinggan di bandar / Rosle Yasin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan kajian kes keatas satu komuniti Melayu dikawasan setinggan dibandar bertujuan melihat samada kawasan ini merupakan kawasan pembiakan wabak penyakit atau sebaliknya. Disamping itu, kajian ini cuba melihat perkaitan taraf sosio ekonomi dengan kesihatan masyarakat setinggan. Di dalam Bab 1, pengkaji akan menyentuh tentang latar belakang, tujuan, kepentingan, metodologi dan masalah-masalah semasa kerja dilapangan dilakukan. Dalam bab ini juga akan mengemukakan teori-teori dan konsep-konsep yang berkaitan dengan kaj ian, terutama mengenai teori dan konsep kemiskinan, kesihatan dan bidang perubatan. Ini adalah penting kerana kajian ini mengambil kira pandan;an diri sudut sosiologi perubatan. Di dalam Bab 2, pengkaji mengambil latar belakang sosio ekonomi masyarakat yang dikaji. Dari segi sosio ekonomi akan dilihat tentang tempat asal, umur, tingkat pelajaran, keadaan rumah, persekitaran, pekerjaan, pendapatan dan tabungan serta kemudahan asas untuk melihat taraf hidup mereka. Di dalam Bab 3 akan dikemukakan amalan dan penjagaan kesihatan. Ianya menyentuh dari aspek amalan pemakanan1 kebersihan diri dan keluarga pencegahan penyakit dikalangan kanak-kanak dan pengawalan pembiakkan serangga. Fokus utama dalam bab ini ialah pemakanan dikalangan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak terutama dibawah umur setahun, satu, hingga empat tahun, peringkat pra-sekolah dan peringkat sekolah. Dalam Bab 4 pula akan ditunjukkan taraf kesihatan komuniti yang dikaji. Ianya termasuk penyakit penyakit yang pernah dialarni, penyakit dikalangan kanak-kanak 1 penyakit dikalangan ibu-ibu semasa mengandung dan bersalin, ienis dan khidmat kesihatan yang dipilih oleh responden, pemilihan tempat bersalin, kaedah perubatan tradisional dan pendapat responden terhadap layanan sewaktu mendapatkan rawatan. Dalam Bab 5, pengkaji akan mengemukakan rumusan yang didapati dari hasil kajian. Disamping itu akan dikemukakan sedikit cadangan bagi mengatasi rnasalah-masalah yang dihadapi oleh komuniti setinggan yang dikaji.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Health practice; Urban community; Contagious disease; Epidemic
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 Sep 2018 06:51
    Last Modified: 06 Sep 2018 06:51
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8821

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item