Pembangunan laman web bermultimedia bagi sebuah sekolah / Malathi Kaliappan

Malathi, Kaliappan (2000) Pembangunan laman web bermultimedia bagi sebuah sekolah / Malathi Kaliappan. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (37Mb) | Preview

    Abstract

    Laman web sekolah ini merupakan sebuah laman web bermultimedia yang mengandungi unsur-unsur multimedia seperti bunyi, grafik, imej dan animasi. Objektif utama laman web ini adalah untuk membangunkan satu sistem multimedia yang bermutu tinggi, mengetahui keputusan peperiksaan awam, mengetahui maklumat ahli-ahli organisasi sekolah iaitu guru-guru dan kakitangan lain kerana ke semua maklumat ini telah dimasukkan dalam pangkalan data, memberi maklumat tentang aktiviti tahunan dan ko-kurikulum sekolah. Dengan adanya laman web ini, maklumat dapat diperoleh tanpa mengunjungi sekolah tersebut. Secara amnya, laman web ini mengandungi semua maklumat tentang sekolah tersebut seperti sejarah sekolah, organisasi sekolah, pencapaian akademik, kurikulum, kokurikulum, aktiviti tahunan, kemudahan sekolah, profil sekolah dan laporan PIBG. Kesemua maklumat-maklumat yang berkaitan dipamerkan bersama imej-imej yang berwarna-warni dan ditambah dengan animasi-animasi yang dapat menarik minat penggunjung laman web ini. Gambar-gambar yang telah disediakan adalah gambar-gambar yang sebenar. Maklumat-maklumat pula merupakan maklumat yang diperolehi secara terus dari pihak sekolah, oleh itu maklumat-maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah padat, asli dan tepat. Selain dari itu, kesan bunyi yang berkaitan juga dimasukkan seperti muzik-muzik yang sesuai dan sebagainya. Dalam usaha membangunkan laman web ini, perisian Microsoft FrontPage 2000 telah digunakan. Perisian ini dipilih kerana ia lebih mudah digunakan untuk membangunkan suatu laman web, ia tidak terlalu rumit dan sesuai dengan cara pelaksanaan projek ini. Perisian ini membolehkan penggunaan kod HTML, JavaScript, VBScript dan sebagainya dengan mudah. Ia berfungsi sebagai beberapa alatan dalam satu perisian iaitu sebagai alatan rekabentuk laman web, pengurusan laman web dan paparan laman web. Pendekatan yang telah digunakan dalam pembangunan laman web ini adalah Model Air Terjun kerana model ini mudah digunakan, ia adalah berjujukan mengikut fasa-fasa yang tetap dan mempunyai ciri-ciri kekitaran.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 1999/2000.
    Uncontrolled Keywords: Pembangunan laman web Bermultimedia; Kod HTML; Maklumat sekolah; Pengurusan rekod
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 07 Aug 2019 04:13
    Last Modified: 07 Aug 2019 04:14
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8837

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item