Lawatan maya ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat / Siti Dina Abu Bakar

Siti Dina , Abu Bakar (2002) Lawatan maya ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat / Siti Dina Abu Bakar. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem yang akan dibangunkan ini merupakan suatu laman web yang memuatkan Lawatan maya ke FSKTM. Laman web ini membawa pengguna melawat fakulti ini dan meninjau sendiri keadaan di fakulti. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat staf, bilik-bilik kuliah serta maklumat kawasan-kawasan yang dilawati. Di samping itu pengguna juga boleh mencapai laman web lain di dalam Universiti Malaya. Pembinaan sistem ini menggunakan perisian Swift 30 dan 3DMAX yang merupakan perisian grafik 3 dimensi yang masih baru dan mampu menarik pengguna dengan penghasilan teknik animasi yang baik. Sistem lawatan maya ini lebih kepada konsep multimedia interaktif yang mana penggunaan konsep ini sesuai dengan perkembangan teknologi media masa kini. Pemilihan Model Air Terjun digunakan dalam proses pembangunan sistem ini kerana ia paling sesuai dan mudah difahami berbanding model-model lain. Teknik ini dapat membantu merangka keseluruhan projek bagi menghasilkan sistem yang baik dan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Tinjauan ke atas laman-laman web realiti maya yang sedia ada juga membantu dalam menyumbangkan idea untuk rekabentuk sistem. Pemilihan kaedah dan alatan yang akan digunakan untuk pembangunan sistem dilakukan dengan teliti dengan membuat rujukan dengan pelbagai sumber. Kebanyakan sumber yang diperolehi adalah dari internet memandangkan sistem grafik 3 dimensi ini masih belum meluas.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: 3DMAX; Computer programming; 3D design
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Apr 2019 03:24
    Last Modified: 10 Apr 2019 03:24
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8851

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item