Perlaksanaan satu alatan pembaca bahasa melayu berdasarkan perbendaharaan kata tak tersekat / Jarina Muhamad Ismail

Jarina , Muhamad Ismail (2004) Perlaksanaan satu alatan pembaca bahasa melayu berdasarkan perbendaharaan kata tak tersekat / Jarina Muhamad Ismail. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (30Mb) | Preview

    Abstract

    Dunia teknologi pada masa kini, telah berkembang maju mengikut peredaran masa dalam pelbagai bidang. Perkembangan teknologi ini tidak juga mengabaikan golongan istimewa untuk menikmati kemajuan yang dikecapi. Khususnya banyak perisian telah dibangunkan untuk golongan istimewa yang mempunyai masalah penglihatan. Di samping itu, keadaan ini tidak memenuhi sepenuhnya keperluan golongan tersebut. Ini adalah kerana semua perisian di pasaran ini adalah berasaskan bahasa lnggeris dan perisian untuk membantu golongan kurang penglihatan untuk membaca teks Bahasa Melayu belum wujud lagi. Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk membangunkan satu perisisan iaitu Perlaksanaan Satu Alatan Pembaca Bahasa Melayu Berdasarkan Perbendaharaan Kata Tak Tersekat sebagai tajuk Latihan Ilmiah saya. Perisian ini akan dibangunkan oleh saya dengan bantuan Penyelia Prof. Raja Noor Ainon Zabariah Raja Zainal Abidin. Saya menjalankan kajian mengenai masalah dan kekangan yang dihadapi oleh golongan kurang penglihatan dalam mengendalikan komputer. Setelah mengumpul masalah tersebut, ia akan dianalisis bagi mengatasi dan memenuhi kehendak dan keperluan golongan tersebut. Oleh yang demikian, perisian alatan pembaca bahasa Melayu berdasarkan perbendaharaan kata tak tersekat dapat dibagunkan untuk menolong golongan ini menggunakan komputer untuk tujuan membaca dengan maksimum. Pada amnya, pakej ini dibangunkan berdasarkan skedul pembangunan projek yang dirancang. Perisian yang dibangunkan ini terdiri daripada modul-modul, contohnya seperti modul File, modul Edit, modul Help dan sebagainya. Antara elemen- elemen yang digunakan untuk membangunkan perisian ini adalah Microsoft Visual Basic 6.0, Microsoft Access 2000, Microsoft Word, Gold Wave serta beberapa perisian yang terkini. Elemen yang sangat penting dalam perisisan ini adalah sistem bunyi dan oleh itu, perisian penyunting audio Goldwave digunakan. Tambahan pula, saya telah memilih metodologi RAD (Rapid Application Development) untuk menghasilkan projek ini. Metodologi ini dipilih kerana ia menyokong prototaip yang sesuai bagi sistem yang dibangunkan. Prototaip dikatakan amat sesuai kerana perubahan dapat dilakukan pada sistem sekiranya terdapat sebarang ketidakpuashatian pengguna. Semasa menjalankan projek ini, saya dapat menimba banyak pengalaman dan ia dapat memantapkan pengetahuan yang amat bermakna bagi saya. Diharapkan bahawa pengalaman seperti nin dapat membantu saya di alam pekerjaan dengan pelbagai cara untuk mengendalikan sesuatu projek.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
    Uncontrolled Keywords: Dunia teknologi; Alatan Pembaca; Masalah penglihatan
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 07 Aug 2019 08:05
    Last Modified: 07 Aug 2019 08:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8864

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item