KEMAS sebagai agensi pembangunan kerajaan: Satu kajian di kawasan parlimen Taiping / Norddin Majid

Norddin , Majid (1987) KEMAS sebagai agensi pembangunan kerajaan: Satu kajian di kawasan parlimen Taiping / Norddin Majid. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kerajaan amat menyedari betapa pentingnya usaha membangunkan rakyat agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang progresif dan dinamis. Melalui berbagai agensi, seperti di tempat kajian, ternyata kerajaan melalui KEMAS membantu membaiki dan membangunkan rakyat. Kerjasama dan penglibatan rakyat merupakan faktor penting yang mendorong ke arah kejayaan projek pembangunan. Memang tidak dinafikan bahawa adalah sukar untuk mendapat kerjasama di antara pihak pemimpin dan rakyat. Walaubagaimanapun hanya melalui kerjasama dan penglibatan yang aktif sahajalah, segala rancangan pembangunan akan mengeluarkan hasil yang memuaskan. Kajian ini adalah berkaitan dengan Pembangunan Masyarakat di kawasan Parlimen Taiping. Tumpuan kajian adalah berkenaan Kemajuan Masyarakat dalam proses pembangunan masyarakat luar bandar. Latihan Ilmiah ini mengandungi enam (6) bab. Bab satu menerangkan bidang , tujuan, kaedah , masalah serta kepentingan kajian tersebut. Bab kedua pula secara ringkas membincangkan tentang konsep-konsep pembangunan termasuk pembangunan di Malaysia. Di dalam bab ketiga membentangkan latarbelakang Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta aktiviti-aktiviti yang di ja1ankan. Disentuh juga organisasi Kemajuan Masyarakat, objektif-objektif serta pencapaiannya. Bab keempat adalah mengenai latarbelakang responden di tempat kajian. Dalam bab kelima membincangkan peranan dan aktiviti KEMAS di kawasan Parlimen Taiping. Tumpuan kajian adalah kepada Rancangan Pembangunan Keluarga, yang membincangkan tentang Ekonomi Rumahtangga dan Tabika. Masalah-masalah yang di hadapi peserta-peserta mengatasinya. Bab enam merupakan bab penutup dan kesimpulan bagi latihan ilmiah ini. Dalam bab ini di berikan rumusan hasil dari penemuan kajian ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: KEMAS; Tabika; Ekonomi Rumahtangga; Agensi pembangunan kerajaan; Pembangunan masyarakat
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 26 Aug 2019 03:53
    Last Modified: 26 Aug 2019 03:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8895

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item