Kredit di kalangan Orang Melayu luar bandar: Kajian kes di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam, Selangor / Mohd Zaki Sungib

Mohd Zaki , Sungib (1991) Kredit di kalangan Orang Melayu luar bandar: Kajian kes di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam, Selangor / Mohd Zaki Sungib. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dilakukan untuk melihat fenomena kredit di kalangan orang Melayu luar bandar. Ia terutama khusus untuk melihat bentuk-bentuk kegunaan kredit. Kajian ini juga untuk mengenalpasti jenis-jenis kredit yang wujud dan digunakan sumber-sumber kredit diperolehi dan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu luar bandar, dalam menggunakan 'kredit. Ditinjau juga tentang perubahan yang berlaku terhadap institusi kredit dan orang Melayu luar bandar itu sendiri. Kesemua aspek tersebut dibincangkan dalam enam bab yang terkandung dalam latihan ilmiah ini, iaitu: Bab 1: Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian seperti kepentingan kajian, objektifnya, masalah kajian dan lain-lain lagi. kaedah yang digunakan Bab 2: Bab ini membincangkan tentang teori-teori yang digunakan untuk melihat fenomena kredit di kalangan orang Melayu luar bandar secara umum . Ia meliputi teori ekonomi dan teori perlakuan. Bab 3: Bab ini menghuraikan analisa kajian kes tentang perlakuan kredit di kawasan kajian. Ia menyentuh tentang latar belakang responden seperti umur, pendidikan dan pendapatan. Bab ini juga menghuraikan tentang bentuk-bentuk perbelanjaan dan keperluan di kawasan kajian dan kemudiannya menghubungkaitkan bentuk-bentuk tersebut dengan unsur sikap dan budaya responden dan kelompok kajian. Melanjutkan lagi huraian, pengkaji memberikan analisa khusus terhadap faktor-faktor yang mendorong perlakuan kredit faktor dalaman dan luaran . ia dibahagikan kepada dua iaitu Bab 4: Bab ini menghuraikan analisa seterusnya iaitu mengenai jenis-jenis kredit dan kegunaannya. Ia menerangkan kredit terbahagi kepada dua jenis iaitu kredit informal dan kredit formal. selanjutnya bab ini menjelaskan ten tang sumber-sumber kredit yang wujud di kawasan kajian yang juga boleh dibahagikan kepada sumber kredit informal dan formal. Bab 5: Bab ini mengaitkan tentang masalah masalah yang di hadapi oleh pengguna dalam menggunakan kredit. Masalah disorot dari aspek-aspek khusus seperti dari aspek kos kredi t dan undang-undang. Seter usnya bab ini menghur aikan ten tang faktor dan punca kepada berlakunya masalah tersebut. Bab 6: Bab ini merupakan kesimpulan kepada kajian ini yang memuatkan kesimpulan pengkaji terhadap semua penemuan dan disertakan dengan pandangan dari kacamata pengkaji Adalah diharapkan kajian ini dapat menyumbangkan ke pada perkembangan disiplin ilmu menambah pengetahuan kepada pembaca dan membantu memberi maklumat kepada yang memerlukannya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.
    Uncontrolled Keywords: Credit survey; Malay community; Consumer behavior; Rural area
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 04 Oct 2018 08:12
    Last Modified: 04 Oct 2018 08:12
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8901

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item