Bacterial aetiology and antibiotic susceptibility patterns of ventilator-associated pneumonia in patients admitted to the intensive care unit at Sungai Buloh hospital / Kamariah Abdul Jalil

Kamariah, Abdul Jalil (2017) Bacterial aetiology and antibiotic susceptibility patterns of ventilator-associated pneumonia in patients admitted to the intensive care unit at Sungai Buloh hospital / Kamariah Abdul Jalil. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (19Mb) | Preview

    Abstract

    LATAR BELAKANG: Ventilator associated pneumonia (VAP) adalah jangkitan nosokomial yang sering berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU). VAP adalah jangkitan yang sering terjadi pada pesakit ICU lebih daripada 48 jam selepas intubasi endotrakeal dan penafasan mekanikal. Walaupun ada kemajuan dalam ubat-ubatan, penjagaan rapi, dan pelbagai langkah-langkah pencegahan, VAP tetap menjadi penyebab utarna morbiditi, kematian serta peningkatan kos. Patogen yang menjadi penyebab VAP mungkin berbeza-beza bergantung kepada negara, rantau dan hospital. Walau bagaimanapun, data temp a tan mengenai etiologi bakteria dalam VAP masih kurang. OBJEKTIF: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji epidemiologi patogen bakteria yang menyebabkan VAP di Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh. KAEDAH: Kajian retrospektif deskriptif telah dilakukan terhadap semua pesakit VAP di Hospital Sungai Buloh dari Januari 2012 sehingga Disember 2014. Semua data tersebut telah dikaji semula setelah diextrak daripada sistem maklumat (ERIS) Hospital Sungai Buloh. KEPUTUSAN: Keputusan kajian mendapati mereka yang berumur di antara 36-59 tahun, jantina lelaki dan kaum Melayu adalah golongan majoriti pesakit VAP. Sebahagian besar pesakit VAP mempunyai sejarah pendedahan awal terhadap antibiotik dan pembedahan. Acinetobacter spp. (33%) adalah patogen yang paling tinggi dan 83.9% daripadanya adalah multi-drug resistant (MDR). Semua Pseudomonas aeruginosa adalah sensitif terhadap amikacin, gentamicin, cefepime, piperacillin-tazobactam, ciprofloxacin dan doripenem. Kebanyakan Enterobacteriaceae adalah sensitif terhadap kebanyakan antibiotik yang diuji termasuk cephalosporins. Sebanyak 75% daripada Staphylococcus aureus adalah methicillin-resistant Staphylococcus aureus. KESIMPULAN: Data Mikrobiologi dari kajian ini memberi kesimpulan tentang bakteria beserta dengan antibiotic yang sensitif terhadapnya, Oleh itu ia boleh digunakan sebagai panduan terapi antibiotik bagi kes VAP di unit rawatan rapi, Hospital Sungai Buloh. Antibiotik empirikal untuk kes VAP akan menyebabkan penggunaan antibiotik secara berlebihan, berlakunya resistan dan kesan sampingan yang tidak diingini. Matlarnat utama dalam rawatan kes VAP adalah pengesanan awal, penggunaan antibiotik yang betul dan diikuti dengan pengubahsuaian yang sepatutnya berdasarkan kepada keputusan kultur mikrobiologi dan keadaan pesakit. Program pengawasan antimikrobia yang melibatkan ahli farmasi, doktor dan ahli kesihatan yang lain dapat mengoptirnumkan pemilihan antibiotik, dos, dan tempoh penggunaan antibiotik. Ini untuk meningkatkan keberkesanan dalam menghapuskan patogen dan mendapatkan hasil klinikal yang terbaik. Pengetahuan serta data tempatan mengenai patogen yang menyebabkan VAP dapat membantu dalam pemilihan antibiotik yang tepat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Medicine, University of Malaya, 2017.
    Uncontrolled Keywords: Antibiotic susceptibility patterns; Bacterial aetiology; Ventilator-associated pneumonia
    Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
    R Medicine > RB Pathology
    Divisions: Faculty of Medicine
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 26 Aug 2019 08:26
    Last Modified: 11 Jun 2020 04:44
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8905

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item