Noor Roazua , Mohd Noor (1986) Kemiskinan: Fokus pekebun-pekebun kecil kelapa. Satu kajian kes di Pulau Lumut, Kelang / Noor Roazua Mohd Noor. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (12Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian kes ke atas komuniti pekebun-pekebun kecil kelapa Melayu di Pulau Lumut dengan tujuan untuk melihat kemiskinan serta faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan ini berlaku. Ia juga melihat langkah-langkah yang diambil mtuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di Pulau Lumut ini. Di dalam Bab I pengkaji akan membicarakan tentang tujuan, kepentingan, metodologi dan masalah kajian serta cara mengatasinya. Di dalam bab ini juga diterangkan tentang keseluruhan latarbelakang tempat kajian iaitu dari segi lokasi, ekonomi, politik penduduk dan kemudahan-kemudahan infrastruktur. Melalui Bab II, pengkaji akan mengemukakan konsep-konsep kemiskinan, teori-teori serta pengukuran yang digunakan untuk melihat kewujudan kemiskinan dalam sesebuah masyarakat. Dalam Bab III pula, pengkaji mengambil kira latarbelakang sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat yang dikaji. Kedua-dua ini penting untuk mengaitkan dengan kemiskinan yang dialami oleh penduduk-penduduk ini. Dari sei sosio-budaya pengkaji melihat tentang umur, tmgkat pelajaran serta perkara-perkara yang berkaitan dengan anak-anak responden. Dari aspek sosio-ekonomi pengkaji melihat dari sudut jumlah pendapatan, jumlah simpanan, tabungan, pinjaman serta hartabenda yang dimillkt oleh responden. Bab IV pula membicarakan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Pulau Lumut ini. Masalah-masalah ini merupakan masalah yang telah menyebabkan berlakunya kemiskinan di kalangan penduduk-penduduk int. Setelah metihat masalah-masalah ini, pengkaji cuba melihat langkah-langkah yang boleh dan telah diambil oleh kerajaan serta sejauhmana langkah-langkah ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat disini. Akhir sekali, di dalam Bab V pula pengkaji akan mengemukakan rumusan yang telah pengkaji dapati daripada hasil kajian yang telah pengkaji jalankan serta saranan-saranan yang dapat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986. |
Uncontrolled Keywords: | Kemiskinan; Sosio-ekonomi masyarakat; pPkebun kecil kelapa; Pendapatan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 27 Aug 2019 02:41 |
Last Modified: | 27 Aug 2019 02:42 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8924 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |