Persepsi dan amalan pengajaran guru Pendidikan Islam, sekolah rendah daerah Hulu Langat,Selangor / Nazihah Mohd Fauzi

Nazihah , Mohd Fauzi (2018) Persepsi dan amalan pengajaran guru Pendidikan Islam, sekolah rendah daerah Hulu Langat,Selangor / Nazihah Mohd Fauzi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1689Kb) | Preview

    Abstract

    Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan di negara kini. Guru merupakan individu yang paling berperanan memastikan hasrat ini tercapai. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi guru Pendidikan Islam terhadap KBAT dan amalan pengajaran yang diamalkan oleh guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan telah dijalankan kepada 130 orang guru Pendidikan Islam di zon Semenyih, daerah Hulu Langat, Selangor dan menemu bual tujuh orang guru Pendidikan Islam sebagai data sokongan kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Pendidikan Islam mempunyai persepsi yang positif terhadap pengajaran KBAT dan mengamalkan KBAT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan di antara persepsi guru Pendidikan Islam terhadap KBAT dengan amalan pengajaran KBAT. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi dan amalan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar dan lokasi.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Pendidikan Islam; Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); Amalan pengajaran
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    L Education > L Education (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 Jan 2020 07:57
    Last Modified: 20 Jan 2020 07:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9057

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item