Simbolisme dewa-raja dalam teks Melayu Klasik terpilih dan kesannya terhadap adat-istiadat Kesultanan Melayu / Puteh Noraihan A. Rahman

Puteh Noraihan, A. Rahman (2018) Simbolisme dewa-raja dalam teks Melayu Klasik terpilih dan kesannya terhadap adat-istiadat Kesultanan Melayu / Puteh Noraihan A. Rahman. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1594Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD-Embargo period extended until 31.12.2023 as requested by writer (email sent to sms - dated 22.11.2021) )
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2023.

    Download (3597Kb)

      Abstract

      Perkembangan agama Hindu-Buddha di Nusantara pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-14 telah menampakkan penularan pengaruh Hinduisme-Buddhisme ke dalam dunia Melayu. Kemasukan pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha memberikan impak terutamanya dalam nilai-nilai kebudayaan dan sekali gus mengubah pandangan semesta orang Melayu di Nusantara yang sebelumnya mengamalkan animisme serta agama nenek moyang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis simbolisme dewa-raja yang bukan hanya dijadikan kultus dalam masyarakat di Asia Tenggara, malah turut tercermin dalam karya kesusasteraan Melayu klasik. Pengumpulan data dibuat menggunakan sumber primer seperti Hikayat Banjar, Hikayat Parang Puting, Hikayat Sang Boma, Hikayat Panji Semirang dan Hikayat Malim Deman. Pemilihan sampel kajian ini adalah neutral kerana dipilih mengikut genre yang berbeza iaitu sastera sejarah, sastera panji, sastera saduran Hindu dan sastera transisi Islam. Bahan kajian terbatas kepada lima teks sastera klasik Melayu. Karya sastera ini telah dikenal pasti menepati objektif kajian yang akan menonjolkan simbolisme dewa-raja. Hasil kajian akan memperlihatkan kepelbagaian cara kepengarangan digunakan bagi menonjolkan simbolisme dewa-raja dalam menyerlahkan kedaulatan raja-raja Melayu, adaptasi simbolisme dewa-raja dalam budaya istana Melayu seterusnya evolusi dewa-raja dalam kerajaan Melayu.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Malay Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Dewa-raja; Sastera klasik; Hindu-Buddha
      Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      Divisions: Academy of Malay Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 26 Jun 2019 04:16
      Last Modified: 22 Nov 2021 08:21
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9096

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item