Psikoterapi zikir dalam meningkatkan motivasi kanak-kanak autistik / Mohd Syukri Zainal Abidin

Mohd Syukri, Zainal Abidin (2018) Psikoterapi zikir dalam meningkatkan motivasi kanak-kanak autistik / Mohd Syukri Zainal Abidin. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1684Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (3591Kb) | Preview

      Abstract

      Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah atau purata kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan autisme semakin bertambah. Pelbagai pendekatan psikoterapi Barat digunakan bagi membantu meningkatkan motivasi mereka dari sudut pembelajaran, sosial, komunikasi dan sebagainya. Kajian yang dijalankan ini bertujuan membincangkan konsep motivasi yang dikemukakan oleh perspektif Barat dan Islam serta kaitannya dengan kanak-kanak autistik. Berasaskan beberapa pendekatan sedia ada, kajian ini dijalankan dengan penumpuan terhadap pembinaan pendekatan psikoterapi Islam khususnya psikoterapi zikir berdasarkan metode yang dikemukakan oleh ulama yang dicadangkan untuk diaplikasikan terhadap kanak-kanak autistik. Bagi tujuan tersebut, Pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach) yang diperkenalkan oleh Ritchey dan Klien telah dimanfaatkan untuk membangunkan Model Psikoterapi Zikir dalam meningkatkan motivasi kanak-kanak autistik. Terdapat tiga fasa yang perlu dilalui dalam pendekatan reka bentuk dan pembangunan ini, iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian kebolehgunaan. Bagi mencapai objektif penyelidikan, kajian ini dibahagikan kepada enam bab iaitu bab pendahuluan membincangkan konsep motivasi menurut Barat dan Islam serta kaitannya dengan kanak-kanak autistik, bab kedua mengkaji perbincangan ulama tentang konsep zikir sebagai input kepada psikoterapi zikir, bab ketiga mengemukakan penjelasan mengenai metodologi kajian yang mengandungi bahagian reka bentuk kajian, fasa reka bentuk dan pembangunan serta prosedur-prosedur kajian, bab keempat perbentangan hasil kajian berdasarkan setiap fasa yang dijalankan dalam reka bentuk dan pembangunan serta analisis yang berkaitan, dan berakhir dengan bab rumusan dan cadangan. Dapatan objektif pertama menunjukkan terdapat perbezaan konsep antara motivasi pendekatan Barat dan Islam. Kajian juga mendapati kanak-kanak autistik perlu didorong atau dimotivasikan dari sudut pembelajaran, sosial, komunikasi dan spiritual atau kerohanian bagi memperkembangkan diri seperti kanak-kanak normal atau tipikal yang lain. Dapatan objektif kedua menunjukkan pendekatan psikoterapi zikir yang dikaji adalah sebahagian daripada Psikoterapi Islam yang merupakan suatu pendekatan alternatif yang boleh disarankan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak autistik. Manakala dapatan objektif ketiga membuktikan bahawa penggunaan pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan dalam kajian ini mengandungi metode yang berstruktur dan sistematik sehingga mampu serta berupaya membangunkan Model Psikoterapi Zikir dengan baik. Penilaian kebolehgunaan merupakan fasa terakhir bagi mengemukakan dapatan objektif keempat kajian yang membuktikan bahawa Model Psikoterapi Zikir yang dibangunkan adalah bersesuaian untuk diimplementasikan terhadap subjek kajian yang sebenar bagi meningkatkan motivasi kanak-kanak autistik. Kajian ini mempunyai implikasi terhadap amalan, teori, metodologi, bidang dan seterusnya membantu serta membimbing pelbagai pihak berkenaan seperti ahli psikologi, ibu bapa, kakitangan pusat-pusat penjagaan serta ahli pendidikan dan lain-lain dalam menjalankan proses terapi atau intervensi bagi meningkatkan motivasi kanak-kanak autistik.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Autism spectrum disorder; Autistic children; Motivation; Islamic perspective
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
      B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 11 Apr 2019 04:18
      Last Modified: 08 Apr 2021 06:37
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9097

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item