Sistem pengendalian @ penyelenggaraan kenderaan UM / Tan Tat San

Tan, Tat San (2001) Sistem pengendalian @ penyelenggaraan kenderaan UM / Tan Tat San. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (32Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Pengendalian & Penyelenggaraan Kenderaan UM (SPPKUM) adalah satu sistem dibangunkan untuk: membantu pengguna dalam pengendalian dan penyelenggaraan kenderaan- kenderaan UM terutamanya bagi kakitangan Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda di Universiti Malaya (JPPHBUM). Ia membolehkan pengguna merekod, menyelenggara, dan menghasilkan laporan data yang dikehendaki. Bahagian memasukkan data tentang penyelenggaraan kenderaan adalah tujuan merekod, menyimpan, dan menyemak semula. Bahagian laporan adalah menghasilkan maklumat yang berguna kepada pengguna untuk menyelenggarakan kenderaan UM. Bahagian yang lain, iaitu bahagian Peringatan yang bertujuan untuk: memberi peringatan pada masa yang dikehendaki dan bahagian Penukaran Katalaluan adalah untuk membolehkan pengguna menukar katalaluan dan nama pengguna sistem ini. Bagi alatan - alatan pembangunan sistem ini, alatan - alatan utama yang akan digunakan adalah perisian Microsoft Access 2000 dan Microsoft Visual Basic 6.0 yang berada dalam persekitaran sistem pengendalian Microsoft Windows 98. Oleh kerana sistem ini perlu dibangunkan dengan sistematik, model Air Terjun akan digunakan untuk membahagikan seluruh proses pembangunan kepada fasa - fasa seperti analisis, rekabentuk, pelaksanaan, pengujian, dan penyelenggaraan. Dengan tujuan menyenang kerja rekabentuk sistem ini, pendekatan rekabentuk atas - bawah digunakan untuk merekabentuk struktur sistem dan antaramuka sistem.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Transport maintenance system; University of Malaya
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 03 Sep 2019 08:20
    Last Modified: 03 Sep 2019 08:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9172

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item