Pakej 'Dengarlah Sayang' / Nadia Akmar Mohammed Chudi

Nadia Akmar , Mohammed Chudi (2002) Pakej 'Dengarlah Sayang' / Nadia Akmar Mohammed Chudi. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    'Dengarlah Sayang' merupakan sebuah pakej pembelajaran multimedia interaktif yang menyediakan dua cerita dongeng rakyat serta aktiviti-aktiviti menarik khusus untuk kanak-kanak prasekolah. Tujuan utama pakej 'Dengarlah Sayang' ini dibangunkan adalah untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di samping memberi hiburan kepada mereka. Pakej ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pembangunan 'Macrornedia Director 8.0' yang menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti teks, animasi, grafik, audio dan video bagi menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengguna. Perisian pembangunan ini menggunakan bahasa pengaturcaraannya tersendiri iaitu 'Lingo Script' yang digunakan untuk mcmbuat pelbagai aplikasi seperti permainan animasi interaktif serta persembahan-persembahan kompleks. Terdapat dua modul utama yang disediakan di dalam pakej ini iaitu Cerita l dan Cerita 2. Setiap modul cerita mengandungi sub-sub modul lam seperti Modul Aktivtti, Modul Keratan Video, Modul Kamus dan Modul Soalan Revisi bagi memperkayakan proses pembelajaran. Selain itu, cerita-cerita yang terdapat di dalam pakej ini mengggunakan bahasa dan arahan yang mudah difahami selain menyelitkan unsur-unsur teladan yang boleh dicontohi oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka. Akhir sekali dengan terhasilnya pakej 'Dengarlah Sayang' ini diharap dapat memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah di samping dapat memberi pendedahan awal tentang teknologi komputer dan mulltimedia terkini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Pakej 'Dengarlah Sayang'; Bahasa pengaturcaraan lingo script; Kanak-kanak prasekolah
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 May 2019 06:39
    Last Modified: 15 May 2019 06:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9250

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item