Gelagat pengguna Muslim: Analisis faktor pemilihan institusi perbankan Islam di Negeri Sembilan / Mohd Zaid Mustafar

Mohd Zaid , Mustafar (2018) Gelagat pengguna Muslim: Analisis faktor pemilihan institusi perbankan Islam di Negeri Sembilan / Mohd Zaid Mustafar. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1616Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (5Mb) | Preview

      Abstract

      Sistem perbankan Islam di Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang sangat ketara dan mampu berdaya saing untuk memasuki lanskap kewangan Islam global. Di sebalik perkembangan dan kemajuan ini, terdapat beberapa permasalahan yang perlu diberi perhatian khususnya yang berkaitan dengan segmen pengguna. Antaranya, setelah lebih tiga dekad perkembangan industri perbankan Islam di negara ini, tahap penguasaannya hanya 30 peratus daripada jumlah keseluruhan aset perbankan di Malaysia. Ini berikutan sebahagian daripada pengguna Muslim tidak menjadikan faktor kepatuhan syariah sebagai asas utama dalam tindakan mereka. Dengan memberi tumpuan kepada Negeri Sembilan sebagai lokasi kajian di mana kedudukannya yang berhampiran dengan ibu kota sebagai pusat ilmu, kajian ini menjelaskan realiti tahap kepatuhan syariah pengguna Muslim dalam pemilihan institusi perbankan Islam. Justeru, kajian ini merangkumi dua fasa iaitu pengenalpastian dan penilaian. Bagi fasa pengenalpastian, kaedah dokumentasi dan temu bual separa struktur digunakan. Hasilnya, kerangka konseptual yang berkaitan dengan faktor ideal pemilihan bank terhasil meliputi pertimbangan halal dan haram, kualiti penggunaan, maslahah penggunaan, keutamaan penggunaan, saiz, imej dan reputasi, pengesyoran dan daya tarikan, kualiti produk dan perkhidmatan, keselesaan lokasi serta pemasaran dan pengiklanan. Bagi fasa penilaian pula, seramai 455 orang responden telah ditemui di 13 buah institusi perbankan terpilih di Negeri Sembilan melalui kaedah persampelan mudah. Hasil kajian mendapati bahawa kepatuhan syariah pengguna Muslim di Negeri Sembilan berada pada tahap yang sederhana. Kajian ini juga menemukan bahawa tiga faktor paling utama yang mempengaruhi pengguna ialah kualiti penggunaan, keselesaan lokasi, dan maslahah penggunaan. Manakala faktor paling kurang dominan pula ialah pengesyoran dan daya tarikan.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Muslim Consumer Behaviour; Bank Selection; Islamic Banking Institution
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      H Social Sciences > HG Finance
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Apr 2019 03:05
      Last Modified: 01 Mar 2021 02:12
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9283

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item