Latarbelakang sosio-ekonomi ibu bapa dan peluang hidup anak-anak di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan / Husain Mahmood

Husain , Mahmood (1985) Latarbelakang sosio-ekonomi ibu bapa dan peluang hidup anak-anak di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan / Husain Mahmood. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Bab I menjelaskan tujuan, kepentingan dan bidang kajian. Kaedah-kaedah kajian yang digunakan dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan kajian luar serta cara-cara mengatasi turut dipaparkan dalam bab ini. Bab II pula menyentuh mengenai latarbelakang kawasan kajian, iaitu meliputi aspek-aspek pentadbiran dan lokasi, sejarah, penduduk dan penempatan, kemudahan kemudahan asas yang terdapat serta sistem perhubungan. Konsep 'life chances' atau peluang hidup dan pendidikan di Malaysia dihuraikan dalam bab III. Turut dibincangkan dalam bab ini ialah hubungan di antara pelajaran dan pekerjaan dengan kelas dan status serta kajian-kajian lain yang pernah dilakukan, yang hampir atau menyamai kajian ini. Dalam bab IV, disentuh mengenai latarbelakang pekerjaan, pendapatan dan tahap pendidikan ketua keluarga. Di samping pendidikan isteri, hubungan d1 antara pendidikan ketua keluarga dengan pendapatan yang diperolehi juga turut dibincangkan. Tahap pendidikan anak yang sedang dan telah tamat bersekolah, jenis pekerjaan anak-anak serta sikap ibubapa terhadap pelajaran anak-anak mereka dibincangkan dalam bab V. Dalam bab VI, hasil-hasil kajian yang didapati dirumus dan dibincangkan juga sikap ibubapa di zaman sebelum dan selepas merdeka terhadap pelajaran anak-anak. Turut dimuatkan dalam bab ini ialah perbandingan di antara hasil-hasil kajian ini dengan kajian-kajian terdahulu.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Socio-economic; Education level; Social condition
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 Dec 2018 07:22
    Last Modified: 06 Dec 2018 07:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9290

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item