Sistem tutorial pintar / Siti Halimah Tun Nisak Mohd. Rukiban

Siti Halimah Tun Nisak, Mohd. Rukiban (2003) Sistem tutorial pintar / Siti Halimah Tun Nisak Mohd. Rukiban. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (25Mb) | Preview

    Abstract

    Sejak lebih empat dekad yang lalu, komputer telah digunapakai dalam membantu melaksanakan tugas-tugas pemprosesan data dan menjanakan maklumat bagi proses penghasilan keputusan. Walaupun komputer pada zaman itu tidak secanggih pada hari ini, namun ia dapat membantu meringkan beban tugas yang dipikul. Proses Pembangunan Sistem Maklumat Berasaskan Komputer telah berubah sejak 20 tahun yang lama. Peningkatan drastik dalam teknologi perkakasan iaitu dari segi memperbaiki kemampuan dan, mengurangkan kos telah memperhebatkan dan meninggikan keperluan untuk memperbaiki proses. Sistem Tutorial Pintar ini merupakan satu sistem yang digunakan oleh para pelajar sekolah menengah khususnya pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran fizik. Sistem ini mengandungi bahagian nota, rumus, tips dan juga soalan ujian. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan para pelajar yang mengambil mata pelajaran fizik untuk mengulang kaji pelajaran mereka. Kesimpulanya, ialah kemudahan yang terdapat dalam sistem ini ia dapat digunakan untuk pelajar tersebut mengunakan alternatif lain untuk mengulang kaji pelajaran mereka. Di dalam Sistem ini, terdapat ciri-ciri menarik yang dibuat. Antaranya Ialah kemudahan carian, keselamatan, kekonsistenan data dan bermacam-macam lagi. Hanya pengguna yang berdaftar atau sah sahaja yang boleh memasuki sistem ini. Sistem ini mengunakan Model Air Terjun dengan prototaip sebagai model pembangunan sistem . Model pembangunan ini dipilih kerana ianya mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan model pembangunan yang lain. Manakala perisisan yang digunakan ialaha Microsoft Visual Basic 6.0, SQL (Structured Query Language), dan Microsoft SQL Server 7.0. Sistem ini mengunakan bahsa pengatucaraan Java, Java script, ASP(Active Serve Page ) dan juga Java Applet. Ia merupakan satu sistem yang interaktif dimana ia memudahkan pengguna sistem ini dengan mengunakan ikon-ikon yang terdapat didalamnya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic exercise (B.A.) - Faculty of Computer Science & Information Technology, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Information technology; Tutoring system; Education technology
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 13 Dec 2018 03:03
    Last Modified: 13 Dec 2018 03:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9341

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item