Sistem Analisis Gred Untuk Penilaian Akademik (SAGA) / Liza Maria Mohmed

Liza Maria , Mohmed (2002) Sistem Analisis Gred Untuk Penilaian Akademik (SAGA) / Liza Maria Mohmed. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (32Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Analisis Gred Untuk Penilaian Akademik atau singkatannya SAGA merupakan sistem yang dicadangkan untuk kegunaan para pensyarah di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Ia merupakan satu bentuk sistem sokongan kepada pensyarah yang akan menyediakan perkhidmatan menetapkan gred pelajar secara automatik serta mengeluarkan output dalam bentuk laporan dan graf untuk memudahkan kerja menganalisis pencapaian para pelajarnya. Laporan ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa Pertama merangkumi pengenalan projek, kajian literasi, metodologi& analisis sistem sistem rekabentuk sistem yang akan dibangunkan kelak. Pengenalan memberikan sedikit gambaran asas terhadap sistem yang bakal dibangunkan. Bab ini memberikan penekanan kepada definisi, objektif, domain/skop dan pelan perancangan pembangunan SAGA. Kajian Literasi pula memberikan huraian ke atas sistem-sistem semasa yang seumpamanya serta rumusan bagi analisis keperluan sistem . Bab ini juga memberikan menyediakan gambaran literasi proses bagi SAGA termasuk piawaian yang cuba dipenuhinya. Metodologu dan analisis keperluan sistem merupakan bab yang terpenting kerana bab ini memberikan huraian terhadap metodologi kajian dan analisis sistem. Rekabentuk Sistem pula menyediakan carta alir, carta struktur, struktur pangkalan data dan rekabentuk komponen-komponen sistem yang dicadangkan. Fasa kedua melibatkan huraian terhadap Perlaksanaan Sistem, Pengujian dan Penilaian Sistem. Tiga bab terakhir akan memberikan maklumat tentang fasa ini. Laporan ini akan diakhiri dengan manual pengguna dan sampel kod aturcara bagi operasi-operasi tertentu. Diharap hasil penulisan laporan ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca selain memberi gambaran awal tentang SAGA sebagai satu sistem Sokongan untuk kegunaan para pensyarah

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Analisis Gred; Penilaian akademik; Penilaian Sistem
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 04 Feb 2021 04:07
    Last Modified: 04 Feb 2021 04:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9463

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item