Kemiskinan luar bandar: Masalah pekerjaan dan pemillikan tanah. Satu kajian kes di Kampung Buluh Hulu, Setiu, Terengganu / Lailatul Akmar Mohd Saman

Lailatul Akmar , Mohd Saman (1985) Kemiskinan luar bandar: Masalah pekerjaan dan pemillikan tanah. Satu kajian kes di Kampung Buluh Hulu, Setiu, Terengganu / Lailatul Akmar Mohd Saman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai fenomena kemiskinan yang terdapat di luar bandar, khususnya Kampung Buluh Hulu, Terengganu. Dalam kajian ini pengkaji memberikan tumpuan utama kepada masalah pekerjaan dan pemilikan tanah. Dalam Bab I dihuraikan tujuan kajian, bidang dan kepentingan kajian. Di samping itu juga dihuraikan kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian serta kesulitan-kesulitan yang dialami semasa menjalankan kajian luar. Bab II membincangkan tentang konsep-konsep serta teori yang digunakan dalam mengenal pasti masalah kaniskinan. Bab III pula menyentuh aspek latar belakang kajian, iaitu dari segi latar belakang kawasan dan latar belakang responden. Ini bertujuan untuk mendapatkan suatu gambaran yang jelas mengenai tempat kajian dan latar belakang sosio-ekonomi penduduk kampung. Bab IV membincangkan pola-pola pekerjaan, ini termasuklah masalah-masalah yang dihadapi berkenaan dengan pekerjaan responden. Juga akan disentuh mengenai pekerjaan sampingan serta mobiliti kerja yang terdapat di kampung ini. Manakala di dalam Bab V pula meneliti corak pemilikan tanah di kalangan responden. Ini termasuklah pemilikan jenis-jenis kegunaan tanah dan kategori-kategori pemilik tanah di kampung ini. Bab VI merupakan bab rumusan. Di sini disentuh juga cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemiskinan di kampung ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Rural poverty; Job status; Socio-economy; Property ownership
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 Jan 2019 08:16
    Last Modified: 15 Jan 2019 08:16
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9499

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item