Kamus Bahasa Arab Plus! untuk kanak-kanak / Siti Khadijah Rosdan

Siti Khadijah, Rosdan (2002) Kamus Bahasa Arab Plus! untuk kanak-kanak / Siti Khadijah Rosdan. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (54Mb) | Preview

    Abstract

    Komputer, pemain cakera padat, telefon bimbit dan pelbagai lagi ciptaan teknologi yang semakin canggih dan maju kini telah mula menular ke negara kita. Pelbagai alat dicipta untuk memberi kemudahan kepada manusia. Bidang Pendidikan turut mendapat tempiasnya. Kini banyak sekali perisian dibangunkan untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih menarik dan berkesan. Sehubungan dengan ledakan teknologi multimedia, anak tempatan turut memberi sumbangan dengan membangunkan perisian-perisian di dalam bahasa ibunda. Kamus Bahasa Arab Plus! ini adalah salah satu perisian yang menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya. Ia dilengkapi dengan gambar animasi juga satu modul permainan yang membantu menguji daya ingatan kanak-kanak terhadap istilah-istilah yang telah mereka pelajari. Tujuan kamus ini direka adalah sebagai bahan rujukan yang membantu meningkatkan keinginan untuk mempelajari bahasa Arab di ka]angan kanak-kanak sekolah rendah. Terjemahan kamus ini adalah dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Memandangkan ia adalah pakej pembelajaran multimedia yang memerlukan rekabentuk antaramuka bergrafik dan ciri kebolehgunaan yang baik, GUIDE (grafical user interface design and Evaluation) dengan pendekatan HCf (Human computer interaction) telah digunakan sebagai methodologinya. Pembangunan pada tesis dua ini adaJah sambungan daripada sebahagian pembangunan dari tesis satu. Pembangunan ini memperlihat sedikit perubahan pada rekabentuk di tesis satu. dimana ciri-ciri yang lebih baik telah ditokok padanya. Pada tesis dua ini, pembangunan diteruskan dari fasa rekabentuk kepada pembangunan prototaip dan pengkodan serta penilaian atau pengujian. Dengan adanya pakej-pakej pembelajaran untuk kanak-kanak seperti ini diharapkan akan bertambahlah lagi tahap pembelajaran generasi muda untuk terus menerajui negara seiring dengan ledakan teknologi dunia.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Kamus Bahasa Arab; Pembangunan perisian; Kanak-kanak
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 09 Feb 2021 02:39
    Last Modified: 09 Feb 2021 02:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9501

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item