Sistem jadual pusat asasi sains(SJWPAS)/ Rushdan Mamat

Rushdan, Mamat (2002) Sistem jadual pusat asasi sains(SJWPAS)/ Rushdan Mamat. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (35Mb) | Preview

    Abstract

    Projek sistem Jadual Waktu Pusat Asasi Sains ini dibangunkan khas bagi membantu melicinkan proses penjadualan dan pentadbiran di Pusat Asasi Sains. Sistem yang dibangunkan ini merupakan sistem jadual waktu berkomputer yang diberi nama sebagai Sistem SJWPAS. Sistem SJWPAS ini mampu mengatasi masalah penjadualan yang sering berlaku melalui cara penjadualan secara manual. Seperti yang diketahui, proses penjadualan memerlukan masa yang lama sebelum menghasilkan satu jadual yang benar-benar seperti yang diharapkan. Dengan adanya Sistem SJWPAS ini, Pentadbir Pusat Asasi Sains tidak lagi membazirkan masa untuk mendapatkan satu jadual waktu yang diharapkan. Sistem SWJPAS ini mempunyai 2 bahagian utama iaitu bahagian kegunaan pentadbir dan bahagian kegunaan pensyarah. Bahagian kegunaan pentadbir adalah untuk memasukkan data seperti pensyarah, kursus, aliran, bilik dan menentukan kursus yang diajar oleh pensyarah. Ianya juga untuk mencetak jadual yang telah siap dibina. Manakal bahagian kegunaan pensyarah pula adalah untuk memilih masa dan hari serta bilik kuliah tertentu bagi kursus yang diajar dalam modul penjadualan. Sistem ini juga mampu mengesan jika terdapat pertindanan kursus alira, pensyarah atau bilik semasa proses penjadualan sedang dijalankan. Dalam bahagian ini juga, pensyarah boleh mencetak jadual yang telah siap dibina mengikut pensyarah atau mengikut aliran atau mencetak semua jadual Di Pusat Asasi Sains.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.
    Uncontrolled Keywords: Schedule management system; Time management
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 12 Feb 2019 02:23
    Last Modified: 12 Feb 2019 02:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9510

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item