Kemiskinan di kalangan komuniti nelayan: Kajian kes di Mukim Penyabong, Mersing, Johor / Ali Md. Zain

Ali, Md. Zain (1985) Kemiskinan di kalangan komuniti nelayan: Kajian kes di Mukim Penyabong, Mersing, Johor / Ali Md. Zain. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ilmiah ini menumpukan dua bahagian utama iaitu masalah kemiskinan yang dihadapi oleh komuniti nelayan dan usaha-usaha ke arah pembangunan di Mukim Penyabong. Pengkaji menyentuh secara umum mengenai sektor perikanan di Malaysia dan menghuraikan tujuan, metod dan masalah kajian di dalam Bab I. Di dalam Bab ini juga teori, konsep dan ukuran kemiskinan dibincangkan bersama dengan meletakkan negara ini sebagai tapak perbincangan. Seterusnya di dalam Bab II, huraian dibuat mengenai latarbelakang kawasan kajian. Antara lain ianya meliputi kedudukan ekonomi, sosial serta politik kawasan kajian. Pengkaji menyentuh secara khusus keedaan sosio ekonomi komuniti nelayan di dalam Bab III. Di sini juga akan dikemukakan ma.salah-masalah utama para nelayan Masalah inilah yang meletakkan mereka ke lembah kemiskinan. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu melalui agensi-agensinya dalam usaha pembangunan terhadap para nelayan di sini. Usaha-usaha kerajaan ini dijalar.kan sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan dan kesemuanya akan diterangkan di dalam Bab IV. Setelah melihatt usaha-usaha yang telah dan sedang dijalankan, pengkaji ingin menilai sejauh manakah kejayaan mereka untuk membasmi kemiskinan dan meninggikan taraf hidup para nelayan di sini. Perbincangan ini akan dibuat di dalam Bab terakhir iaitu Bab V. Pengkaji juga memberikan serba sedikit cadangan-cadangan yang mungkin berguna jika ianya dipraktikkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Fishery industry; Fishing community; Poverty problem; Rural community
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 29 Jan 2019 01:25
    Last Modified: 04 Apr 2019 06:54
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9516

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item