Roliana , Abdul Satar (2001) Online Counseling Assistant II (OCA II) / Roliana Abdul Satar. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Laporan projek latihan ilmiah tahap akhir ini mencadangkan tentang pembangunan sebuah sistem yang mampu membantu pelajar di dalam proses pembelajaran. Sistem yang akan dibangunkan ialah Online Counseling Assistant II (OCA II) di mana ia tertumpu kepada 3 bahagian paling utama iaitu temujanji, perbincangan dan pengumuman dalam talian. Sasaran utama pengguna sistem OCA II ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar di mana ia dapat mermbantu mereka meningkatkan kualiti dan prestasi pembelajaran. Pembangunan sistem ini adalah berdasarkan kepada matlamat untuk mengeksploitasikan teknologi maklumat di dalam pendidikan serta memberi kemudahan elektronik kepada masyarakat. Beberapa kajian dan penyelidikan telah dibuat menghasilkan satu analisis dan rekabentuk awal sistem OCA II. Analisis ini mengambil kira pelbagai faktor termasuklah keperluan pengguna, risiko yang bakal dihadapi, antaramuka pengguna dan hasil yang dijangkakan. Selain itu, kajian ke atas perkakasan dan perisian juga dilakukan bagi memantapkan lagi pembangunan sistem ini disamping memenuhi kehendak pengguna. Model prototaip telah digunakan sebagai metodologi untuk menyokong pembangunan sistem OCA II ini. Oleh yang demikian, adalah dijangkakan bahawa sistem OCA II ini bakal menjadi tumpuan utama pelajar sebagai pusat utama penghasilan maklumat dan capaian maklumat.
Actions (For repository staff only : Login required)