Kumpulan sosial di komuniti Kampong Kenanga / Sarul Bahiyah Abu

Sarul Bahiyah , Abu (1985) Kumpulan sosial di komuniti Kampong Kenanga / Sarul Bahiyah Abu. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah satu kajian kes ke atas satu komuniti iaitu di Kampong Kenanga. Pengkaji berminat untuk membuat kajian ini adalah kerana kedudukan kawasan kajian yang hampir dengan bandar. Sebagai salah seorang daripenduduk di dalam kawasan kajian ini, pengkaji dapat merasakan ada perbezaan sikap penduduk kampong Melayu ini jika dibandingkan dengan jenis kampong rural. Oleh itu, pengkaji cuba melihat sikap penduduk di kawasan pinggir bandar ini dan menghubungkannya dengan aktiviti kumpulan sosial yang mereka sertai. Untuk membuat satu penilaian maka dalam kajian ini, pengkaji telah membuat perbandingan kegiatan kumpulan sosial di kawasan ini dan beberapa kawasan yang lain yang telah dikaji oleh beberapa pengkaji lain yang terdahulu dari ini. Dalam bab I, tujuan dan bidang kajian telah dijelaskan supaya kajian ini tidak terkeluar dari tajuk asalnya. Di samping itu, masalah dan kepentingan kajian juga dijelaskan kerana ianya merupakan beberapa sebab kajian ini menghasil penemuan-penemuan seperti di dalam bab akhir. Selain daripada itu, konsep komuniti dan kumpulan sosial dijelaskan juga kerana ianya merupakan dua konsep yang dibincangkan oleh pengkaji di dalam kajian ilmiah ini. Di dalam bab 2 pula, latarbelakang tempat kajian pula telah diberikan. Ini termasuk kedudukan kawasan kajian, taburan penduduk, demografi dan latar belakang responden yang ditemui. Ciri-ciri tersebut adalah sangat penting dalam mepengaruhi individu dalam penyertaan mereka di dalam kumpulan-kumpulan sosial yang dikaji. Dalam bab 3 pula, satu diskripsi tentang latarbelakang kumpulan-kumpulan sosial telah diberikan. Penerangan ini merangkumi kumpulan sosial berbentuk "formal" dan yang berbentuk "informal". Selain daripada itu, kedudukan JKKK Kampong juga dijelaskan selaku badan penaung bagi semua kumpulan sosial di kawasan ini dan juga badan yang mentadbirkan kawasan kajian ini. Di dalam bab kemudiannya, kegiaan kumpulan kumpulan sosial telah diterangkan dan ianya telah diberi pembahagian secara arbitrasi dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Kemajuan dari aspek-aspek tersebut telah dinyatakan sebagai melihat sejauhmana berkesannya aktiviti kumpulan-kumpulan sosial tersebut. Seterusnya satu perbandingan telah dibuat dari segi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan sosial di Kampong Kenanga dan di kawasan-kawasan lain seperti di Felda Lenga, Felda Bukit Serampang, Felda Pasir Raja dan Kampong Raja Uda. Di dalam bab akhir ini, iaitu sebagai bab penutup, pengkaji memberikan satu pandangan dari segi kesan aktiviti kumpulan sosial ini dari segi intergrasi dan konflik. Dengan cara ini, pernilaian dapat dibuat dengan perbandingan yang dijelaskan dan seterusnya kesimpulan dapat dibuat pada akhir bab ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor's Degree) - Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Kumpulan sosial; JKKK Kampong; Komuniti; Demografi; Penduduk
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 11 Nov 2020 07:01
    Last Modified: 11 Nov 2020 07:01
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9598

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item