Sistem Alumni / Nor Azeani Zainal Abidin

Nor Azeani , Zainal Abidin (2000) Sistem Alumni / Nor Azeani Zainal Abidin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree)
Download (30Mb) | Preview

    Abstract

    Projek yang akan dibagunkan ini adalah Sistem Alumni yang dibina khusus untuk graduan Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Sistem ini merupakan sebuah sistem yang berorientasikan web. Objektif utama sistem ini adalah untuk menyediakan satu medan perhubungan untuk para graduan disamping mendapat maklum balas mereka berkaitan program yang ditawarkan di fakulti ini. Aplikasi sistem ini terbahagi kepada dua modul iaitu modul pengguna dan modul pentadbir. Modul pengguna boleh diklasifikasikan kepada graduan fakulti ini serta pihak fakulti dimana kedua-duanya hanya boleh melakukan perkara tertentu yang dibenarkan sahaja manakala modul pentadbir diklasifikasikan kepada pembangun sistem ini dimana ianya boleh melakukan semua perkara dalam sistem ini. Antara fungsi utama yang terdapat dalam sistem ini termasuklah laman untuk berbual secara langsung (chatting), forum, pekerjaan, rakan alumni iaitu memberi maklumat alumni yang dikehendaki, aktiviti alumni, berita berkaitan fakulti, soal selidik serta maklumat sampingan yang lain. Dengan menggunakan Model Rapid Prototaip dalam proses pembangunan sistem, ianya dimulakan dengan pembinaan prototaip yang mana ianya bertujuan untuk mendapat maklum balas pengguna dahulu dan ini secara tidak langsung dapat mengetahui kehendak pengguna yang sebenarnya. Hasil dari kajian yang telah dijalankan, sistem alumni ini akan dibagunkan menggunakan peralatan yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik. Ianya akan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP (Hypertext Preprocessor), pelayan web Apache, pangkalan data MySQL. Oleh itu, bagi memudahkan lagi pross pembangunan sistem, perisian phpdev akan digunakan kerana ianya merupakan pakej kepada PHP/Apache/MySQL/PERL/phpMyAdmin!PHP-GTK yang mana untuk sistem ini ianya menggunakan kombinasi PHP, Apache sebagai pelayan web dan juga MySQL iaitu phpMyAdmin sebagai pangkalan data. Disamping itu, sistem ini juga menggunakan peralatan perisian lain iaitu Macromedia Dreamweaver MX sebagai perisian antaramuka, Adobe Photoshop 6.0 sebagai pereka grafik dan juga Macromedia Flash dan SwishMax sebagai pereka animasi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Alumni system; MySQL; Web orientation
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 25 Mar 2019 08:30
    Last Modified: 25 Mar 2019 08:30
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9603

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item