Nazariah , Rahmat (2001) Knowledge Management Portal (AI Department) / Nazariah Rahmat. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Portal pengurusan maklumat adalah satu sistem yang mana berfungsi sebagai tempat untuk mengumpul dan mencapai maklumat. Maklumat yang terdapat di dalam portal ini adalah maklumat yang terperinci tentang Jabatan Kepintaran Buatan, FSKTM, Universiti Malaya. Semua maklumat ini akan di olah kembali untuk mendapatkan sesuatu output yang berguna kepada pengguna sistem ini. Sistem portal pengurusan maklumat ini mengandungi dua modul utama iaitu Modul Pengguna Awam dan Modul Pentadbir. Modul pengguna awam membenarkan pengguna mencari informasi dan mencapai maklumat yang dipaparkan di dalam portal ini. Akan tetapi, capaian sebagai pengguna awam adalah agak terhad. Modul pihak pentadbir pula terdiri daripada 4 peringkat yang berbeza iaitu pensyarah, ketua jabatan, dekan dan juga pentadbir (penyelia sistem).Terdapat banyak fungsi yang mereka boleh lakukan iaitu mengemaskini profail diri masing-masing, memberi markah penilaian, memberi komen, mengemaskini portal dan juga boleh berinteraksi sesama mereka melalui email.
Actions (For repository staff only : Login required)