Penglibatan wanita dalam pergerakan wanita UMNO bahagian Besut / Norlizan Ali

Norlizan , Ali (1983) Penglibatan wanita dalam pergerakan wanita UMNO bahagian Besut / Norlizan Ali. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree)
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini berjodol "Penglibatan Wanita dalam Pergerakan Wanita UMNO bahagian Besut"; terbahagi kepada 6 bahagian. Di dalam bab I, pengkaji telah menghuraikan tujuan kajian ini dilakukan; bidang yang dirangkuminya; metode yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian Iimiah ini . Bab II membentangkan tentang latarbelakang kawasan kajian; di mana pengkaji telah menerangkan tentang kedudukan daerah Besut; penyibaran penduduk; pusat pertumbuhan Besut; kemudahan ekonomi dan sosial; birokrasi umum Besut serta latarbelakang kawasan parlimen Besut. Bab III menceritakan tentang sejarah penubuhan UMNO Sahagian Besut dan latarbelakang Pergerakan Wanita UMNO Malaysia serta Pergerakan Wanita UMNO bahagian Besut secara keseluruhan. Di dalam membicarakan tentang latarbelakang Pergerakan Wanita UMNO bahagian Besut, pengkaji tidak ketinggalan menceritakan tentang latarbelakang responden di mana ianya dilihat dari segi pelajaran, umur, pekerjaan, jumlah anak, tempat asal, pekerjaan suami dan tempoh masa yang diambil untuk memegang jawatan penting didalam PWU di peringkat cawangan atau bahagian. Bab IV membicarakan tentang penyertaan dan kegiatan Pergerakan Wanita UMNO Sahagian dan Cawangan. Bab V menghuraikan tentang sikap politik responden. Penganalisaan tentang sikap dilihat dari segi penyertaan mereka didalam kegiatan Pergerakan, pendapat dan pandangan mereka tentang aktiviti Pergerakan, tentang pemimpin-pemimpin UMNO masa kini dan kedudukan politik pada masa akan datang. Pengkaji juga telah menyentuh tentang masalah yang sering dihadapi oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan. Bab VI adalah penutup di mana pengkaji telah membuat kesimpulan mengenai data-data yang diperolehi daripada kajian yang dibuat. Disamping itu pengkaji juga telah memberi beberapa cadangan untuk kebaikan Pergerakan tersebut.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Pergerakan Wanita UMNO; UMNO Bahagian Besut; Birokrasi; Kemudahan ekonomi dan sosial; Politik
    Subjects: J Political Science > JF Political institutions (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 05 Apr 2019 02:33
    Last Modified: 05 Apr 2019 02:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9715

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item