Suliana, Ali (2002) Sistem pakar dietari / Suliana Ali. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem Pakar Dietari atau Expert System on Dietary ialah satu sistem atau program berkomputer yang direkabentuk untuk memodelkan memonitor atau memantau diet harian seorang individu untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih sihat seperti mana pemonitoran yang dilakukan oleh seorang pakar diet ('dietician') tanpa mengira tahap kesihatan individu tersebut. Sistem ini berkebolehan memberi ulasan , cadangan dan penerangan setelah beberapa pengukuran kesihatan dan pemakanan serta maklumat-maklumat asas yang lain diambil. Sistem ini secara asas mempunyai dua fungsi utama iaitu memantau diet atau pemakanan seorang individu yang berisiko mendapat penyakit tertentu atau pun bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan. Dalam kata lain sistem ini memberi perawatan kepada pesakit melalui permakanan. Fungsi kedua ialah membuat perancangan diet harian berdasarkan cadangan yang mungkin akan diberikan oleh seorang pakar diet berdasarkan fakta-fakta tertentu yang telah diprogramkan ke dalam pangkalan pengetahuan Komponen asas Sistem Pakar ialah pangkalan pengetahuan yang akan menyimpan semua maklumat mengenai masaalah domain yang disimpan oleh seorang pakar diet yang akan digunakan untuk membuat keputusan(output). Komponen kedua ialah enjin tadbir yang bertindak untuk memproses pengetahuan yang ada untuk membuat keputusan..Sistem ini dibina dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Prolog 5.2. bahasa ini dipilih kerana ia boleh menampung keperluan sistem pakar ini.
Actions (For repository staff only : Login required)