Ilya Jehan , Mazlan (2001) Nombor & objek pintar / Ilya Jehan Mazlan. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree) Download (7Mb) | Preview |
Abstract
Pakej Nombor & Objek Pintar yang akan dibangunkan ini adalah satu pakej pembelajaran bermultimedia yang berasaskan web di mana ia direka khususnya untuk kegunaan pelajar prasekolah atau tadika. Fokus utama pakej Nombor & Objek Pintar adalah untuk membantu kanak-kanak mengenal dan mempelajari nombor-nombor dengan menggunakan bantuan gambarajah objek-objek yang biasa dilihat melalui kemudahan laman web. Pemilihan multimedia sebagai tapak dalam penciptaan Nombor & Objek Pintar adalah amat bersesuaian. Sistem multimedia ini menggunakan kombinasi grafik, teks, audio, animasi dan video dalam memberi maklumat persekitaran. Gabungan ini dapat memberi kesan yang mendalam untuk kanak-kanak serta dapat menarik minat mereka. Secara tidak langsung, ini juga merupakan satu pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap penggunaan komputer dalam sistem pembelajaran sekarang. Untuk mewujudkan persekitaran yang berkonsepkan mesra pengguna (user friendly), pakej Nombor & Objek Pintar dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Director. Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan rekabentuk antaramuka pengguna. Diharapkan semoga pakej Nombor & Objek Pintar ini mendapat sambutan dan memenuhi kehendak pengguna khususnya kanak-kanak prasekolah.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002. |
Uncontrolled Keywords: | Pakej Nombor & Objek Pintar; Gambarajah; Multimedia; Kanak-kanak prasekolah |
Subjects: | L Education > L Education (General) Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 25 Apr 2019 07:03 |
Last Modified: | 25 Apr 2019 07:03 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9742 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |