Tools for Jawi Character Recognition / Nurainil Mohd Mustapa

Nurainil, Mohd Mustapa (2003) Tools for Jawi Character Recognition / Nurainil Mohd Mustapa. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (18Mb) | Preview

    Abstract

    Jika kita lihat secara rambang, pengecaman imej digital adalah kajian yang telah banyak diterokai oleh ahli-ahli profesional dan para pengkaji dalam bidang pekomputeran. Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pemahaman bahasa dan sebagainya. Kepelbagaian bahasa dan tulisan yang wujud pada tamadun manusia ini telah menarik ramai pengkaji untuk mengkaji dengan lebih mendalam bagaimana komputer mampu dan boleh mengenali dan memahami tulisan tanpa perlu menggunakan tenaga manusia. Kajian-kajian ini adalah perlu untuk tujuan pengecaman tulisan amnya dan keseragaman proses penterjemanahan khususnya. Hari demi hari teknologi yang semakin canggih dan berkembang maju telah digunakan bagi melengkapkan kajian yang sedia ada bagi mencapai matlamatnya. Oleh yang demikian, Tuhan telah membuka pintu hati ini untuk mengkaji bagaimana proses ini berlaku dalam dunia digital. Tulisan bangsa melayu telah dijadikan bahan kajian untuk mengkaji bagaimana imej bagi tulisan Jawi dapat dipecahkan kepada aksara-aksara tunggal. Kajian ini amat penting memandangkan proses penterjemahan yang dilakukan sekarang terhadap manuskrip-manuskrip, kitab-kitab ilmu, dan bahan-bahan yang berkaitan amat ukar memandangkan tulisan jawi zaman dahulu tidak seragam dengan tulisan jawi moden yang digunapakai kini. Selain daripada itu, kekurangan tenaga pakar serta keputusan penterjemahan yang tidak selaras dan masa yang terlalu lama diambil bagi menterjemahkan sesuatu dokumen menjadi sebab utama kepada wujudnya kajian ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Jawi character recognition tool; Computer software
    Subjects: T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 25 Jun 2019 03:00
    Last Modified: 25 Jun 2019 03:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9759

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item