Pelaksanaan dasar kesenian di Negeri Kelantan dari tahun 1990 hingga 2015: Analisis menurut perspektif siasah syar’iyyah / Mohd Asri Che Ibrahim

Mohd Asri , Che Ibrahim (2018) Pelaksanaan dasar kesenian di Negeri Kelantan dari tahun 1990 hingga 2015: Analisis menurut perspektif siasah syar’iyyah / Mohd Asri Che Ibrahim. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1642Kb) | Request a copy
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

    Download (2782Kb) | Request a copy

      Abstract

      Prinsip utama dalam pelaksanaan siasah syar‘iyyah ialah bertindak terhadap sesuatu perkara berdasarkan kemaslahatan dan kebajikan untuk rakyat. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kedudukan siasah syar‘iyyah dan pengamalannya dalam bidang kesenian di negeri Kelantan dari tahun 1990 hingga 2015. Untuk mencapai objektif tersebut, penulis telah meneliti polisi kesenian kerajaan Kelantan dan penerapannya dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, Garis Panduan Persembahan Kebudayaan (Hiburan)1998 dan Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003. Namun begitu kajian ini lebih berfokus kepada penerapan dasar kesenian dan hiburan mengikut perspektif siasah syar‘iyyah melalui penguatkuasaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 dengan membuat analisa terhadap program pembaharuan kerajaan Kelantan dalam bidang kesenian dan hiburan. Untuk mencapai tujuan tersebut, penulis telah menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis dokumen rasmi seperti surat pekeliling, warta, enakmen dan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan. Hasil kajian, penulis mendapati pembaharuan yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut menepati dengan siasah syar‘iyyah dan menjadikan aktiviti kesenian dan hiburan di Kelantan yang lebih Islamik. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada pengkayaan khazanah budaya Melayu Islam yang bersesuaian dengan syariat serta pembentukan model siasah syar‘iyyah dalam bidang kesenian dan hiburan yang bertepatan dengan hukum syarak. Semoga kajian ini dapat membantu para pengkaji kesenian pada masa akan datang.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Siasah syar’ iyyah; Kelantan; Art policy; Islamic practice
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 10 Apr 2019 08:55
      Last Modified: 10 Apr 2019 08:55
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9762

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item