Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara / Norhafizah Musa

Norhafizah , Musa (2018) Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara / Norhafizah Musa. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1611Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

    Download (4Mb)

      Abstract

      Kanser payudara merupakan salah satu penyakit berisiko tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Penyakit ini memberi kesan yang teruk kepada fizikal bahkan turut mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi pesakit sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami stres yang berpanjangan sepanjang tempoh rawatan mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Untuk itu, kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif ini bertujuan membincangkan bentuk-bentuk tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Kajian ini juga menyelidik pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Bagi memenuhi objektif kajian ini, satu modul psikoterapi Islam (MOPSI) telah disintesis berdasarkan sumber utama iaitu al-Qur’an dan hadis. Satu analisis juga dilakukan untuk melihat perubahan tekanan pesakit selepas pengaplikasian MOPSI. Hasil dapatan kajian menunjukkan pesakit yang konsisten mengamalkan MOPSI mengalami perubahan yang positif terhadap kesihatan jiwa dan juga perubahan yang ketara pada rutin harian menjadi lebih sihat dan bersemangat. Hasil kajian ini dapat merumuskan bahawa pendekatan psikoterapi Islam mampu membantu pesakit dalam mengurangkan tekanan atau stres yang dialami. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan yang berguna kepada semua orang terutamanya pesakit kronik yang mengalami masalah gangguan jiwa.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Breast cancer; Islamic psychotherapy approach; Stress level; Module; Spiritual well-being
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
      B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 11 Apr 2019 08:37
      Last Modified: 11 Apr 2019 08:37
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9779

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item