Zarina, Mohamad Roozi (2003) Sistem maklumat penempahan dan pengagihan komputer / Zarina Mohamad Roozi. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem Maklumat Penempahan dan Pengagihan Komputer (SMPPK) merupakan satu sistem untuk merekodkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan segaga urusan penempahan dan pengagihan komputer bagi seluruh pasukan tentera darat. SMPPK dibina khas untuk kegunaan Pusat Teknologi Maklumat (PUSTEKMA) dan pasukan-pasukan tentera darat SMPPK berupaya untuk merekod menyimpan, membuang, manambah dan mencapai kembali maklumat serta menjana laporan. Untuk membangunkan sistem ini, metodologi Model Air Terjun dengan Prototaip telah dipilih Di samping itu, pelbagai teknik pengumpulan maklumat telah dipilih terrnasuklah melalui bahan bacaan, temuramah, pemerhatian dan pelayaran internet. Daripada maklumat-maklumat yang diperolehi, pelbagai keperluan fungsian dan keperluan bukan fungsian bagi sistem ini telah dikenalpasti. Untuk membangunkan antaramuka SMPPK, Microsoft Visual Basic 6.0 telah dipilih. Manakala untuk membangunkan pangkalan data perisian Microsoft Access 2000 telah dipilih. Teknik yang dipilih untuk permodelan data pula ialah Rajah Hubungan Entiti. Setelah siap pembangunan SMPPK, pengujian yang telah dijalankan termasuklah pengujian unit dan sebagainya Diharapkan melalui pembangunan sistem ini, segala masalah yang dihadapi oleh PUSTEKMA dan pasukan-pasukan lain dalam tentera darat dapat diselesaikan.
Actions (For repository staff only : Login required)