Operasi perniagaan kopi gayo di Koperasi Baitul Qiradh Baburrayyan (KBQB): Kajian menurut perspektif ekonomi Islam / Jasman Ismail

Jasman , Ismail (2018) Operasi perniagaan kopi gayo di Koperasi Baitul Qiradh Baburrayyan (KBQB): Kajian menurut perspektif ekonomi Islam / Jasman Ismail. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

Download (5Mb)

    Abstract

    Kopi merupakan minuman antarabangsa dan digemari oleh bangsa-bangsa di seluruh dunia yang sudah menjadi bahagian dari kehidupan manusia setiap hari. Dari aspek perniagaan terkini, kopi merupakan salah satu bahan perniagaan penting dunia dan melibatkan jaringan perniagaan antarabangsa dari negara-negara membangun ke negara-negara maju. Indonesia merupakan negara pengeluar kopi terbesar keempat di dunia setelah Brazil, Vietnam dan Colombia. Kopi keluaran Indonesia yang digunakan sebagai perniagaan domestik dan antarabangsa ialah kopi jenis Arabika dan kopi Robusta. Aceh merupakan satu-satunya wilayah yang mempunyai perladangan kopi Arabika terluas yang ada di Indonesia. Kawasan pengeluar kopi Arabika Aceh terdapat di Dataran Tinggi Gayo yang dinamakan kopi Gayo. Aceh Tengah merupakan kawasan pengeluar kopi terbesar jenis Arabika yang daripada tujuh kawasan terbesar pengeluar kopi di Aceh. Dalam perniagaan kopi Gayo di Aceh Tengah, koperasi dan syarikat memainkan peranan penting bagi operasi perniagaan pasaran domestik dan antarabangsa. Namun antara masalah yang berlaku ialah majoriti koperasi dan syarikat beroperasi dalam menjalankan perniagaan sebagai koperasi konvensional bukan syariah. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis operasi perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi Baitul Qiradh Baburrayyan, Aceh Tengah. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian berbentuk kepustakaan dan lapangan melalui temubual dengan pihak koperasi berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa konsep operasi perniagaan yang dijalankan adalah bersesuaian menurut perniagaan Syariah seperti konsep produk pemasaran kopi Gayo, namun konsep perniagaan Syariah melalui sistem transaksi pembayaran menggunakan perbankan internet konvensional adalah tidak bersesuaian dengan Syariah. Walau bagaimanapun, konsep operasi perniagaan yang dijalankan masih boleh dianggap menepati Syariah secara keseluruhan, sekiranya pihak berkenaan melantik penasihat Syariah dan fatwa jabatan mufti tempatan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Coffee; International products; Business operations; The Gayo Coffee; Marketing products; Internet banking
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 29 Apr 2019 07:59
    Last Modified: 29 Apr 2019 07:59
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9786

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item