Kaedah hafazan al-Quran dan keberkesanannya dalam kalangan pelajar perempuan: Kajian di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan / Apipah Ramli

Apipah, Ramli (2018) Kaedah hafazan al-Quran dan keberkesanannya dalam kalangan pelajar perempuan: Kajian di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan / Apipah Ramli. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (832Kb) | Preview

    Abstract

    Salah satu bentuk pemeliharaan al-Quran sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW bagi memastikan ia terus mutawatir dari satu generasi ke generasi yang lain ialah dengan cara menghafaz al-Quran. Proses menghafaz al-Quran ini memerlukan komitmen yang cukup tinggi dan pengorbanan yang besar terutamanya bagi pelajar perempuan. Pelbagai kaedah hafazan al-Quran telah digunakan untuk memastikan hafazan al-Quran adalah berkualiti dan sentiasa kukuh dalam ingatan. Justeru itu, pengkaji mengadakan satu kajian bertajuk “Kaedah Hafazan al-Quran Dan Keberkesanannya Dalam Kalangan Pelajar Perempuan: Kajian Di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan”. Kajian ini melibatkan enam puluh orang responden pelajar tingkatan dua, tiga, empat dan lima di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa lapan puluh peratus responden bersetuju bahawa kaedah hafazan yang digunakan oleh sekolah mereka adalah berkesan. Manakala tiga kaedah hafazan yang paling diamalkan oleh responden mengikut turutan tertinggi adalah semakan bacaan, buku tulisan ayat dan tasmi’ al-Quran. Namun, hanya dua kaedah sahaja yang memiliki hubungan yang signifikan dengan keberkesanan hafazan al-Quran iaitu kaedah kelas khatam al-Quran dan kaedah murajaah. Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik dan temubual. Hasil dapatan kajian pula telah dianalisa menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Sciense (SPSS) versi 22.0. Kajian ini secara keseluruhannya berjaya mencapai objektif yang diinginkan oleh pengkaji bagi menilai keberkesanan kaedah hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar perempuan di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Memorization technique; Al-Quran; Female students; Revised reading; Book of ayat; Tasmi' al-Quran
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 29 Apr 2019 07:56
    Last Modified: 11 Jan 2021 07:01
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9787

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item