Pembiayaan nafkah ibu bapa oleh wanita berkerjaya dari perspektif Islam / Najwa Fudil

Najwa , Fudil (2018) Pembiayaan nafkah ibu bapa oleh wanita berkerjaya dari perspektif Islam / Najwa Fudil. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1502Kb) | Preview

    Abstract

    Menjadi trend masa kini, tanggungjawab menjaga dan membiayai nafkah ibu bapa sering digalas oleh anak perempuan, khususnya anak perempuan yang berkerjaya. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mengenal pasti tanggungjawab wanita di dalam keluarga serta menganalisis hukum wanita menyara ibu bapa. Wanita dalam masyarakat Melayu tradisional bertanggungjawab dalam lingkungan keluarga dan rumah tangga sahaja. Wanita masa kini turut mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, negara, serta agama, akan tetapi tanggungjawab sebagai seorang anak tetap tidak boleh diabaikan dan perlu menyempurnakan hak-hak ibu bapa. Selain itu, kajian lapangan telah dijalankan bagi melihat realiti tanggungjawab yang digalas oleh anak perempuan. Kajian ini menganalisis faktor-faktor wanita berkerjaya menyara ibu bapa. Untuk mencapai objektif tersebut, seramai 20 orang responden wanita berkerjaya berumur diantara 27 tahun hingga 40 tahun ditemu bual bagi mengenal pasti faktor-faktor wanita berkerjaya menyara ibu bapa. Hasil kajian mendapati, majoriti responden menggalas tanggungjawab membiayai nafkah ibu bapa disebabkan mereka mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta mempunyai lebihan pendapatan. Terdapat juga faktor beberapa orang responden yang tidak mempunyai saudara lelaki di dalam keluarga. Selain itu, terdapat segelintir responden menyatakan saudara lelaki kurang bertanggungjawab terhadap ibu bapa atas alasan tidak mampu dan lebih menjaga hati isteri masing-masing, sehingga mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah yang sepatutnya dijalankan oleh anak lelaki terhadap ibu bapa diabaikan. Justeru itu, program-program kesedaran tentang tanggungjawab setiap anak terhadap ibu bapa yang lebih inklusif diperlukan bagi memastikan ibu bapa mendapat kehidupan yang terjamin bertepatan dengan objektif syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Women's responsibility; Financial support; Parents; Islamic perspective
    Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 02 May 2019 08:15
    Last Modified: 24 Mar 2021 02:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9794

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item