Hadith al-Mizah dalam al-Kutub al-Sittah: Kajian aplikasi al-Mizah dalam penyampaian dakwah di Malaysia / Siti Nur Khusna Mohamed

Siti Nur Khusna , Mohamed (2018) Hadith al-Mizah dalam al-Kutub al-Sittah: Kajian aplikasi al-Mizah dalam penyampaian dakwah di Malaysia / Siti Nur Khusna Mohamed. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1946Kb) | Preview

    Abstract

    Pendekatan dalam melakukan aktiviti dakwah sentiasa mengalami perubahan daripada pelbagai sudut dan metode untuk menarik perhatian orang yang diseru (mad`u). Pendekatan dakwah melalui al-Mizāḥ yang bermaksud jenaka atau gurauan merupakan salah satu metode yang lahir hasil dari idea dan kreativiti pendakwah (da‘i) dalam menyampaikan seruan dakwah. Namun, penggunaan al-Mizāḥ dalam penyampaian dakwah Islam mendatangkan pelbagai spekulasi tentang aplikasinya sehingga dikaitkan dengan al-Mizāḥ Rasulullah SAW. Melalui analisis induktif dan deduktif, kajian ini bertujuan untuk menganalisis hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Mizāḥ dalam al-Kutub al-Sittah dan mengeluarkan pemahamannya dari sudut fiqh al-Hadith. Kemudian, pemahaman tersebut dibandingkan dengan aplikasinya dalam penyampaian dakwah Islam di Malaysia dalam kalangan para pendakwah dari segi teknik al-Mizāḥ, metode dakwah dan etika mengaplikasikan al-Mizāḥ. Hasil kajian pengkaji mendapati sebanyak 22 hadith dari al-Kuttub al-Sittah direkodkan dan dibahagikan kepada empat topik utama iaitu pertama; hadith berkaitan al-Mizāḥ Rasulullah SAW dari segi language kedua; hadith berkaitan al-Mizāḥ Rasulullah SAW dari segi logic, ketiga; hadith berkaitan al-Mizāḥ Rasulullah SAW dari segi identity, dan yang keempat; hadith berkaitan al-Mizāḥ Rasulullah SAW dari segi action. Seterusnya dalam mengkaji aplikasi al-Mizāḥ dalam penyampaian dakwah, pemerhatian secara rawak bertujuan telah dilakukan melalui ceramah-ceramah para pendakwah ini yang berlegar di laman sesawang YouTube dari tahun 2012-2016 merangkumi keseluruhan 45 klip video kemudian klip-klip video yang terpilih dianalisis dengan menggunakan teknik humor dalam media audiovisual yang dikemukakan oleh Asa Arthur Berger. Hasil analisis mendapati teknik al-Mizāḥ yang banyak diaplikasikan oleh para pendakwah pilihan kajian ialah teknik dalam kategori language dan kategori identity. Manakala hasil analisis perbandingan etika ketika mengaplikasikan al-Mizāḥ dengan pemahaman fiqh al-Hadith mendapati sebanyak 70 peratus etika dipatuhi sementara hanya 30 peratus etika yang tidak dipatuhi. Tuntasnya, peratusan ini menunjukkan tidak menjadi kesalahan mengaplikasikan al-Mizāḥ dalam penyampaian dakwah namun perlulah mengikut garis panduan supaya tidak menyeleweng dari matlamat penyampaian dakwah iaitu untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Hadith; al-Mizāḥ approach; Da'wah approach; Humor
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 May 2019 08:21
    Last Modified: 01 Jul 2021 02:32
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9795

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item