Isu-isu dalam pelaksanaan takaful simpanan haji: Kajian di Etiqa Takaful Berhad / Mohd Noor Adzwan Adam

Mohd Noor Adzwan, Adam (2018) Isu-isu dalam pelaksanaan takaful simpanan haji: Kajian di Etiqa Takaful Berhad / Mohd Noor Adzwan Adam. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

Download (3513Kb)

    Abstract

    Kepelbagaian dalam permintaan terhadap produk Takaful keluarga telah mencetuskan kepelbagaian bentuk dan variasi produk Takaful keluarga seperti simpanan, persaraan, pelaburan dan pendidikan. Takaful simpanan Haji telah menghasilkan prestasi yang memberansangkan semenjak ia dibangunkan pada tahun 2013. Kajian disertasi ini berusaha untuk mengkaji isu-isu perlaksanaan dalam Takaful simpanan Haji. Penulis telah memilih produk Takaful Mabrur dari Etiqa Takaful Berhad sebagai produk kajian. Penulis telah menemubual dua puluh (20) orang responden bagi membincangkan isu-isu tersebut. Dua puluh orang responden tersebut adalah merupakan dari kumpulan mutawwif dan penceramah bertauliah, kumpulan akademik dan kumpulan industri kewangan Islam. Hasilnya, sebanyak enam (6) isu telah diperolehi hasil daripada temubual yang telah dijalankan. Ia merangkumi pemasaran, saluran pengedaran, pembangunan produk, pengurusan aktuari dan pengurusan agensi. Kajian menemui terdapat isu dalam pemilihan saluran pengedaran. Selain itu, kajian juga menemui terdapatnya isu dalam penyediaan perkhidmatan Haji di akhir tempoh matang Takaful. Tahap kesediaan pakar bagi perkhidmatan Haji bagi produk Takaful ini juga merupakan satu isu yang diperolehi. Selain itu, tahap pengetahuan oleh agen Takaful dalam mempromosikan produk Takaful ini juga merupakan satu isu yang diperolehi. Terdapat juga isu bagi Fi Wakalah yang dikenakan ke atas peserta bagi produk Takaful simpanan Haji. Pemilihan dan persembahan kata-kata dalam risalah bagi produk Takaful simpanan juga merupakan antara isu yang dibincangkan di dalam kajian ini. Tambahan itu, kajian disertasi ini merangkumi kajian terhadap elemen Maqasid al-Syariah , risiko Syariah dan kedudukan dalam ekonomi Islam bagi produk Takaful simpanan Haji. Kajian menjelaskan produk Takaful simpanan Haji mempunyai elemen pemeliharaan agama menurut Maqasid al-Syariah . Selain itu, terdapat risiko Syariah di dalam bahagian sumber manusia, sistem operasi dan prosuder. Kajian mendapati bahawa produk Takaful simpanan Haji memainkan peranan yang signifikan menurut ekonomi Islam dalam bentuk pemeliharaan agama, kemudahan simpanan, dan perlindungan Takaful ketika peserta melakukan ibadah Haji dan Umrah di Makkah dan Madinah.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Takaful; Perkhidmatan haji; Pengendali takaful; Maqasid al-Syariah
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 08 Jul 2019 04:14
    Last Modified: 08 Jul 2019 04:14
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9813

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item