Hafiz , Baharuddin (2001) Laman web e-Dagang buku teks terpakai untuk pelajar FSKTM Universiti Malaya / Hafiz Baharuddin. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Laman web seperti Amazon.com dan Barnes & Nobles.com adalah dua nama yang terkenal dalam menjalankan perkhidmatan penjualan buku di dalam internet. Pada tahun 2000 sahaja syarikat Amazon.com telah menjual RM 6.5 billion nilai buku secara on-line. Ini menunjukkan penjualan buku melalui internet semakin hangat. Projek yang akan dijalankan bukan sahaja bagi membantu para pengguna untuk memiliki buku teks dan rujukan melalui internet tetapi bagi memanfaatkan teknologi e-dagang sedia ada. Projek ini merupakan suatu laman web yang khusus untuk para pelajar untuk mendapatkan buku teks dan bahan rujukan bagi pembelajaran mereka di kuliah. Buku-buku yang dijual adalah yang setara dengan kegunaannya di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Oleh itu ia dapat menolong pelajar yang mengikuti Kursus ljazah peringkat pertama mahupun Diploma di sini. Sistem yang akan dibina adalah dalam Bahasa Melayu, ramai pengguna dan mudah digunakan Melalui kajian ke atas laman web e-dagang yang menjalankan pemiagaan menjual buku secara online seperti contoh Borders. com, projek ini dapat dibina dengan berpandukan spesiftkasi-spesifikasi yang telab dikaji. Dalam perkara ini, projek ini akan menggunakan pendekatan metodologi prototaip. lni bagi membantu memudahkan lagi dalam perlaksanaan pembangunan projek yang akan dibina. Untuk itu saya telah mernilih untuk menggunakan bahasa pengaturcaraan ASP 3.0 bagi membangunkan projek ini. Laporan ini menerangkan secara terperinci proses-proses dalam pembangunan laman web ini dengan disertai maklumat, jadual dan gambarajah. Adalah diharapkan projek ini kelak dapat dijadikan pada masa hadapan. satu laman web contoh dan sebagai panduan untuk mewujud.kan laman web e-dagang buku-buku terpakai yang boleh dipraktikkan di FSTKM Universiti Malaya.
Actions (For repository staff only : Login required)