Mursiedy , Ab. Hamid (1985) Sikap dan aktiviti politik di kalangan masyarakat luar bandar: Satu kajian kes di Mukim Jerangau, Dungun, Terengganu / Mursiedy Ab. Hamid. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree) Download (11Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah mengenai sikap dan aktiviti politik di kalangan masyarakat luar bandar di Mukim Jerangau, Dungun, Terengganu. Tumpuan akan diberikan kepada sikap dan penglibatan mereka dalam aktiviti politik: Bagaimana sikap mereka terhadap politik?; dan, adakah mereka terlibat dalam aktiviti politik. Bab pertama adalah memaparkan tentang tujuan kajian. Kajian ini adalah untuk melihat sikap dan penglibatan mereka dalam akitivti politik. Bab ini juga mengandungi kaedah kajian dan masalah-masalah yang dihadapi dalam kajian. Kaedah-kaedah kajian yang digunakan ialah soalselidik, temuabual, pemerhatian dan penyelidikan perpustakaan. Dalam bab kedua, pengkaji akana memberikan penerangan tentang latarbelakang masyarakat Kampung Jerangau di samping beberapa aspek mengani penduduk dan kemudahan sosial yang tedapat di sini. Bab ketiga pula mengandungi huraian tentang beberapa konsep yang berkaitan dengan kajian ini. Konsep-konsep tersebut adalah berkaitan dengan politik. Dalam bab keempat, pengkaji akan membincangkan tentang sikap dan penglibatan masyarakat Kampung Jerangau dalam akitiviti politik. Perbincangan ini adalah berkisar kepada data-data yang diperolehi dari kajian. Bab ini merupakan dasar kajian ini. Dalam bab terakhir iaitu bab lima, pengkaji akan memberikan kesimpulan tentang kajian ini. Berdasarkan data-data yang dihuraikan dan dibincangkan dalam bab-bab yang lalu dapat dibuat kesimpulan bahawa penduduk Kampung Jerangau mempunyai sikap yang positif dan terlibat dalam aktiviti politik. Keadaan ini menggambarkan sebahagian daripada kesedaran an penglibatan masyarakat luar bandar dalam aktiviti politik.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986. |
Uncontrolled Keywords: | Rural area; Political activities |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races J Political Science > JC Political theory |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 17 Apr 2019 08:23 |
Last Modified: | 17 Apr 2019 08:23 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9826 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |