Ahmad Hazimin , Ideris (2001) Sistem penyelenggaraan kenderaan JPPHB / Ahmad Hazimin Ideris. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Pembangunan sistem berasaskan web menjadi semakin penting dan mendapat perhatian Jantaran kemudahan capaian yang luas dan mudah untuk diselenggarakan. Tidak seperti sistem persekitaran pengguna tunggal yang perlu di'install' ke dalam setiap komputer pengguna, sistem berasaskan web ini boleh diakses serta dikemaskini secara terus pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan internet. Dengan sebab itu, Sistem Penyelenggaraan Kenderaan JPPHB ini dibangunkan dalam persekitaran web bagi memudahkan pengurusan maklumat kenderaan di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Harta Benda Universiti Malaya (JPPHB). Sistem ini diharap dapat menggantikan sistem manual yang ada dengan mengautomasikan banyak kerja yang remeh dan sekaligus meringankan beban kerja kakitangan JPPIIB. Secara amnya, sistem ini memaparkan dan mengemaskinikan maklumat keadaan semasa dan sejarah penyelenggaraan sesuatu kenderaan itu. Sistem Penyelenggaraan Kenderaan JPPI IB ini dibangunkan menggunakan beberapa perisian antaranya ialah Microsoft Visual Interdev 6.0, Microsoft Frontpage 2000 dan beberapa bahasa pengaturcaran yang penting dalam pembangunan aplikasi sistem berasaskan web seperti "Active Server Page" (ASP), 'VBScript' dan HTML. Diharapkan penggunaan sistem ini dapat mengoptimumkan pengurusan penyelenggaraan kenderaan di samping dapat menerapkan budaya teknologi maklumat terkini di kalangan kakitangan JPPHB Universiti Malaya.
Actions (For repository staff only : Login required)