Zawiyah, Mohd (1990) Sambutan para penghuni terhadap proses pemulihan akhlak. Satu kajian ke atas Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka / Zawiyah Mohd. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini meliputi program-program pemulihan terutamanya program latihan vokeysional di kalangan para pemulih Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka. Didalam Bab 1 menerangkan tentang masalah kajian. Ini menyentuh tentang bagaimanakah akan kejayaan program-program yang dijalankan dapat menarik perhatian pemulih-pemulih terutamanya bagaimana keterlibatan para pemulih di dalam program latihan vokeysional. Kemudiannya pula menyentuh skop kajian yang melibatkan Pengetua, Pegawai Rundingcara dan kakitangan pentadbiran yang lain serta para pemulih. Seterusnya dimuatkan tujuan kajian. Di samping itu, cara pemilihan responden dan batas-batas memilih responden turut diselitkan didalam kajian ini. Kaedah kajian yang meliputi kaedah pemerhatian, soalselidik, temubual dan rujukan dari bahan terkumpul. Disertakan juga masalah dalam kajian. Di sini termasuklah masalah memilih responden dan penyesuaian diri dengan suasana sekeliling. Di dalam Bab 1 ini juga disertakan konsep juvaa dan pemulihan. Di samping itu, penerangan mengenai Teori Simbolik Interaksi sebagai teori dalam kajian ini. Teori ini digunakan untuk memahami tentang reaksi dan kelakuan-kelakuan yang ditunjukkan oleh para pemulih terhadap program pemulihan yang mereka jalani. Dalam Bab 2 pula menerangkan latarbalakang STB dan kumpulan-kumpulan sasaran serta tempoh tahanan dan jenis tahanan yang terbahagi kepada dua iaitu tahanan tetap dan tahanan sementara. Diterangkan juga jenis-jenis keluaran yang terbahagi kenada dua jenis iaitu cubaan lesen dan keluaran tamat perintah. Di dalam bab ini juga, diterangkan program-program pemulihan yang terdiri dari pemulihan fizikal, sosial dan psikologikal & mental serta agama. Tidak ketinggalan juga disertakan latihan vokeysional yang meliputi kelas jahitan, menyulam, mengait, kraftangan serta urusan rumahtangga & masakan. Di dalam Bab 3 adalah bab analisa data. Di dalam analisa data ini saya lebih khusus kepada program-program pemulihan vokeysional. Di dalam bab ini menentukan sejauhmanakah keterlibatan pemulih dengan program pemulihan yang melibatkan kelas-kelas vokeysional dan bagaimanakah kejayaan program ini dalam proses pemulihan akhlak. Di dalam Bab 4 menyelitkan ringkasan wawancara khas dengan Pengetua dan Pegawai Rundingcara STB. Kedua-dua tokoh ini memainkan peranan penting dalam menjalankan program pemulihan di STB. Kemudiannya saya paparkan masalah yang timbul sepanjang program pemulihan ini. Akhir sekali di dalam Bab 4 ini saya sertakan saranan-saranan untuk mengatasi masalah yang dikemukakan. Bab 5 adalah bagi penutup keseluruhan bab-bab dalam kajian ini.
Actions (For repository staff only : Login required)