An information kiosk on Malaysian cuisine 1 Citra Rasa Malaysia on line / Aniza Sabjan

Aniza, Sabjan (2002) An information kiosk on Malaysian cuisine 1 Citra Rasa Malaysia on line / Aniza Sabjan. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree)
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Laman web kiosk Citra Rasa Malaysia Online ialah laman web yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna yang hendak mencari maklumat dan informasi mengenai masakan-rnasakan Malaysia beserta resepi-resepi yang popular dengan cara yang termudah dan terkini. Laman web ini bukan sekadar meberi maklumat tetapi juga boleh menerima dan memberi maklum balas kepada penguna-penggunanya. Oleh kerana pada masa kini boleh dikatakan kebanyakan pengguna-pengguna lebih mudah mendapatkan maklumat secara online, maka laman web ini marnpu memberi kemudahan kepada mereka yang hendak memperoleh informasi tentang resepi-resepi masakan Malaysia. Laporan Latihan Ilmiah Tahap Akhir ll ini mengandungi lapan bab secara keseluruhannya. Laporan ini akan menerangkan secara ringkas bagaimana laman web ini dibangunkan dan langkah-langkah yang dilakukan untuk rnemastikan ianya berfungsi dengan jayanya. Bahagian pertama adalah merupakan bab pengenalan mengenai projek ini. Bahagian ini memuatkan maklumat-maklumat seperti defmisi projek, objektif projek, skop pojek dan juga perancangan projek. Bahagian kedua pula akan menerangkan mengenai kajian literasi iaitu kajian mengenai permasalahan yang dijalankan dalam proses melaksanakan sistem. Dalarn bab ini, penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah pengumpulan maklumat disertakan bersama-sama dengan analisis-analisis mengenai setiap kaedah tersebut. Sahagian tiga pula menerangkan tentang metodologi sistem yang diaplikasikan dalam pembangunan laman web ini. Ia akan meliputi penerangan yang lebih terperinci mengenai kaedah penyelidikan dan teknik yang digunakan bagi menjayakan projek yang ingn dibangunkan. Dalam pembangunan laman web ini, model yang dipilih ialah Model Prototaip. Sahagian empat pula ialah analisa sistem iaitu keterangan-keterangan mengenai keperluan-keperluan pembangunan projek yang meliputi keperluan fungsian, keperluan bukan fungsian, keperluan perkakasan dan keperluan perisian. Sahagian kelima pula ialah bahagian rekebentuk sistem di mana maklumat-maklumat mengenai bagaimana sistem yang dicadangkan akan direkabentuk untuk peringkat yang seterusnya. Bab ini merupakan bahagian yang penting kerana ia merupakan panduan yang paling utama dalam pembangunan sistem. Di dalam bahagian ini juga ada diterangkan basil jangkaan bagi projek ini Sahagian keenam adalah bahagian yang paling utama projek ini kerana ia melibatkan pembangunan dan implementasi projek sebenar. Kesemua perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam bahagian-bahagian sebelumnya akan dipraktikkan dalam bahagian pembangunan ini dan akan cuba dipenuhi semuanya. Setelah selesai pembangunan projek, sudah tentulah ia perlu diuji terlebih dahulu supaya apabila ia sampai kepada pengguna, ia akan dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Oleh itu, dalam bahagian keenam iaitu Sahagian Pengujian cara-cara pengujian dijalankan akan diterangkan. Pengujian dilakukan ke atas pengguna kebanyakannya memandangkan pengguna akhirmya ialah pengguna biasa. Akhir sekali, setelah melalui kesemua fasa yang sepatutnya, keputusan dan penilaian pun diperolehi daripada makluman pengguna yang telah menguji laman web. Dalam bahagian ini akan diterangkan segala kekuatan dan kelemahan sistem serta masalah-masalah yang dihadapi sepanjang membangunkan laman web Citra Rasa Malaysia Online ini. Beserta dengan itu, terdapat juga cadangan-cadangan penyelesaian yang boleh dilakukan dan juga peningkatan yang akan dilakukan pada masa hadapan terhadap laman web ini. Semoga ia dapat memeberikan informasi dan kemudahan yang baik kepada penggunanya selaras dengan konsep laman web kiosk projek ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Citra Rasa Malaysia Online; Web site; Promotional tool; Web-based system
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 25 Jun 2019 02:38
    Last Modified: 20 Feb 2020 05:51
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9862

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item