Sistem Maklumat Sekolah Pintar / Nadiah Azis

Nadiah , Azis (2002) Sistem Maklumat Sekolah Pintar / Nadiah Azis. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree)
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Laporan kertas kerja bagi Projek Ilmiah Tahap Akhir I dan II ini disediakan bagi menerangkan berkenaan dengan sistem yang dibangunkan. Di dalam laporan ini terkandung segala maklumat dan proses untuk membangunkan sistem yang telah saya pilih iaitu Sistem Maklumat Sekolah Pintar. Sistem ini bertujuan untuk mewujudkan suatu kaedah penyimpanan maklumat yang cekap dan mudah untuk dikendalikan oleh penyelenggara dan pentadbir secara atas talian. Sistem ini disasarkan kepada pengguna khususnya pentadbir, guru-guru dan pejajar-pelajar sekolah serta para ibu bapa Oleh kerana ia dibangunkan berasaskan laman web, maka sistem ini boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana secara meluas walaupun di luar sekolah. Laporan yang disediakan ini turut merangkumi metodologi atau cara-cara dan langkah-langkah yang diambil dan digunakan dalam proses untuk mengkaji dan merekabentuk sistem. Beberapa kajian pennasalahan terhadap sistem-sistem sedia ada dan penilaian ke atas penggunaan perkakasan dan perisian turut dilakukan untuk memilih keperluan yang paling sesuai untuk sistem di samping memenuhi kehendak pengguna. Sistem maklumat ini boleh dikemaskini oleh pihak pentadbir sekolah dan guru-guru dengan mendaftar masuk ke sistem menggunakan kata laluan yang dikhususkan. Sistem maklumat ini adalah selarnat digunakan secara atas talian di mana pengguna luar tidak boleh mengakses ke pangkalan data peribadi tanpa kebenaran dan kata laluan. Sistem ini bersesuaian dengan konsep sekolah pintar yang disaran untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dalam pentadbirannya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Maklumat Sekolah Pintar; Pentadbir sekolah; Pengkalan data
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 17 Jun 2019 07:08
    Last Modified: 17 Jun 2019 07:08
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9915

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item