Analisis transitiviti teks kesihatan dan penyakit dalam majalah Bahasa Melayu / Thavamani Thamby Dorai

Thavamani , Thamby Dorai (2017) Analisis transitiviti teks kesihatan dan penyakit dalam majalah Bahasa Melayu / Thavamani Thamby Dorai. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1290Kb) | Request a copy
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2019.

    Download (4Mb) | Request a copy

      Abstract

      Kajian ini merupakan kajian Linguistik Sistemik Fungsional terhadap Sistem Transitiviti dalam teks kesihatan dan penyakit. Objektif kajian ini adalah mengkaji teks kesihatan dan penyakit melalui Sistem Transitiviti untuk membangunkan makna ideasional. Berdasarkan tinjauan kajian Sistem Transitiviti dalam Bahasa Melayu adalah sangat terhad. Maka, kajian ini dijalankan untuk merapatkan jurang penyelidikan terhadap Sistem Transitiviti dalam teks kesihatan dan penyakit bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk analisis kualitatif (Flick, Uwe, 2006:312, dan Dornyei, 2007:245). Data yang digunakan dalam kajian ini adalah sembilan teks kesihatan dan penyakit yang dipetik daripada tiga majalah bahasa Melayu iaitu „Wanita, „Mingguan Wanita‟ dan „Seri Dewi Keluarga‟. Kajian ini menggunakan kerangka teori Sistem Transitiviti yang berdasarkan Linguistik Sistemik Fungsional Halliday (Halliday dan Matthiessen, 2014). Dapatan kajian ini menunjukkan Proses Material dan pesertanya, Aktor dan Goal mendominasi dalam data kajian dimana 65% Proses Material, 33% Peserta Goal dan 22% Peserta Actor. Proses Material digunakan secara luas untuk menyatakan akibat yang dibawa oleh sesuatu penyakit dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk merawatnya. Kebanyakan penyakit mewakili Peserta Actor manakala, akibat yang dibawanya pula mewakili Peserta Goal. Kehadiran Sirkumstan Lokasi adalah lebih tinggi dalam data kajian berbanding dengan Sirkumstan yang lain dimana sebanyak 31%. Ia digunakan untuk menggambarkan tempat berlakunya sesuatu masalah dalam badan manusia akibat penyakit. Akhirnya, kajian ini akan memberikan manfaat kepada penulis jurnal dan pembaca dengan memberikan pendedahan untuk memahami makna-makna ideasional yang terkandung dalam teks serta amat berguna kepada bidang Linguistik dan untuk bahasa Melayu. Memandangkan hakikat bahawa kekurangan kajian mengenai bahasa Melayu, maka kajian terkini ini memberikan keutamaan kepada analisis bahasa Melayu dari sudut Linguistik Sistemik Fungsional (LSF) yang berfokus pada analisis Transitiviti. Diharapkan bahawa kajian lanjutan akan dijalankan ke atas aspek LSF yang berlainan juga.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Transitivity; Health and disease text; Linguistic Systemic Functional (LSF).
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Apr 2019 02:55
      Last Modified: 18 Apr 2019 02:55
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9916

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item