Pendekatan al-Ghazali dalam menangani isu takfir menurut karya Faysal al-Tafriqah Bayn al- Islam wa al-Zandaqah / Nur Atiqah Sulaiman

Nur Atiqah , Sulaiman (2018) Pendekatan al-Ghazali dalam menangani isu takfir menurut karya Faysal al-Tafriqah Bayn al- Islam wa al-Zandaqah / Nur Atiqah Sulaiman. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (2124Kb) | Preview

    Abstract

    Permasalahan takfir atau ‘kafir-mengkafir’ dalam kalangan umat Islam adalah tidak asing lagi. Isu ini sentiasa diperdebatkan semenjak generasi terdahulu sehinggalah kini. Sikap tidak cakna sesetengah masyarakat dalam membezakan sempadan kekufuran dan keIslaman yang sebenar merupakan salah satu punca tuduhan takfir ini terus berlaku. Oleh yang demikian, kajian yang berbentuk ‘content analysis’ ini akan mengemukakan sebuah analisis pendekatan al-Ghazali dalam menangani permasalahan takfir dalam kalangan umat Islam menerusi kitab Fays al al-Tafriqah Bayn al-Islam wa al-Zandaqah. Metode yang digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul data adalah menerusi metode dokumentasi, manakala bagi menganalisis data pula, kajian menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Kajian ini mencakupi perbahasan mengenai faktor yang mendorong al-Ghazali menghasilkan kitab Faysal dan juga piawaian takfir menurut perspektif beliau yang berkait dengan hakikat tasdiq dan takdhib. Selain itu, pendekatan al-Ghazali dalam mendepani tuduhan takfir dalam kalangan umat Islam turut dibincangkan di dalam kajian ini. Kajian ini merumuskan bahawa al-Ghazali tidak mengkafirkan seseorang Muslim sehingga beliau memperoleh hujah yang kukuh. Al- Ghazali menjadikan al-Qur’an, al-Hadith dan ijmak ulama sebagai rujukan utama dalam menentukan Islam atau kafir bagi seseorang. Di samping itu, beliau turut mengemukakan perbahasan mengenai ‘martabat wujud’ dan ‘kanun takwil’ sebagai pendekatan mengenal pasti kekufuran. Akhirnya, pendekatan yang digunakan oleh al-Ghazali adalah merupakan panduan yang amat berguna bagi Muslim dan ia dapat memimpin Muslim daripada salahfaham terhadap konsep takfir yang sebenar. Selain menambah pengetahuan, pendekatan ini juga membantu umat Islam untuk membezakan batas di antara iman dan kufur.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Takfir; Kufur accusation; Muslims; Al-Ghazali approach
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 May 2019 07:24
    Last Modified: 07 May 2021 04:34
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9956

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item