Perancangan program kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk memenuhi sasaran 30 peratus wanita dalam pengurusan tertinggi negara: Analisis dari perspektif siasah syar‘iyyah / Nur Tasnim Ismail

Nur Tasnim , Ismail (2018) Perancangan program kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk memenuhi sasaran 30 peratus wanita dalam pengurusan tertinggi negara: Analisis dari perspektif siasah syar‘iyyah / Nur Tasnim Ismail. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

Download (1875Kb)

    Abstract

    Kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Penglibatan Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan dalam sektor awam pada tahun 2004 dan sektor swasta pada tahun 2011 bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi negara. Komitmen Kerajaan yang tinggi dalam memartabatkan wanita dapat dilihat melalui ratifikasi Kerajaan bersama Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) bagi menghapuskan diskriminasi wanita dalam bidang politik mahupun kemasyarakatan dengan memastikan hak wanita tercapai melalui pengamalan prinsip kesaksamaan gender. Dengan itu, kajian ini cuba untuk memahami pandangan Siasah Syar‘iyyah terhadap penyertaan wanita di peringkat pengurusan tertinggi negara. Di samping itu, kajian ini turut menghuraikan peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam memenuhi sasaran 30 peratus wanita yang terlibat di pengurusan tertinggi negara. Seterusnya perancangan program yang dijalankan oleh KPWKM dalam memenuhi sasaran ini akan dinilai dari perspektif Siasah Syar‘iyyah berikutan Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1). Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan kaedah pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan, sesi temubual bersama empat responden serta dokumentasi yang diperolehi daripada KPWKM. Dapatan kajian yang diperolehi disusun melalui analisis secara deskriptif, tematik dan juga analisis triangulasi data terhadap hasil dapatan kajian daripada sesi temubual dan dokumentasi. Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa perancangan program yang dijalankan oleh KPWKM melibatkan Program Pengarah Wanita, Program Kesedaran Gender dan beberapa program lain yang dijalankan bagi meningkatkan keupayaan dan kredibiliti pegawai wanita yang berkelayakan selari dengan konsep Siasah Syar‘iyyah.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Woman's participation; Top management level; Women's right; Siadah syar'iyyah concept
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 May 2019 06:30
    Last Modified: 07 May 2019 06:30
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9957

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item