Perspektif badan bukan kerajaan (NGO) wanita Islam terhadap hasrat pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia / Nursolehah Mat Razali

Nursolehah , Mat Razali (2018) Perspektif badan bukan kerajaan (NGO) wanita Islam terhadap hasrat pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia / Nursolehah Mat Razali. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

Download (1482Kb)

    Abstract

    Hudud sering diperdebatkan oleh golongan liberal yang mengatakan bahawa hudud tidak dapat mengadili hak-hak wanita dengan baik dan telah berlakunya unsur mendiskriminasikan terhadap kaum wanita. Cadangan pelaksanaan hudud di Malaysia menerusi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Negeri Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud & Qisas (2002) Negeri Terengganu telah menimbulkan pelbagai persepsi samaada dalam kalangan ahli akademik mahupun bukan akademik. Secara khususnya, kajian ini meneliti tentang pandangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) wanita Islam di Malaysia sebanyak tujuh badan NGO yang menjadi informan dalam kajian ini untuk meneliti sejauhmana pandangan mereka terhadap Enakmen kesalahan Jenayah hudud yang telah dienakmenkan di Negeri Kelantan dan Terengganu. Metodologi dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah pengumpulan data perpustakaan dan temubual. Manakala, dalam proses menganalisaan data, penulis menggunakan kaedah analisis tematik dan konseptualisasi. Hasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa lima NGO wanita Islam yang berpandangan bahawa enakmen kesalahan jenayah hudud sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Manakala, dua NGO wanita Islam yang berpendapat bahawa perlu ada pindaan dari sudut peruntukan enakmen kesalahan jenayah hudud supaya bersesuaian dengan keadaan semasa di Malaysia. Secara kesimpulannya, kesemua NGO wanita Islam di Malaysia bersetuju sekiranya hudud boleh dilaksanakan di Malaysia dengan beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Hudud Criminal offences; Liberal group; Islamic judgement; Muslim woman
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 May 2019 07:39
    Last Modified: 06 May 2019 07:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9958

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item